Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Bhd

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

SEJARAH KSKMAS

Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad pada mulanya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad. Ianya ditubuhkan pada 15hb Januari 1974 hasil daripada kesepakatan dan muafakat seramai 150 orang Anggota yang merupakan kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS). Maka dari situ, tertubuhlah Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad. Pada awalnya jumlah Anggota yang berdaftar adalah seramai 150 orang dan 90% daripadanya adalah dari Jabatan Kejuruteraan.

 

Pada 21hb Mei 1985 nama Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad telah diganti dengan nama yang baru iaitu Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad sehinggalah sekarang. Selepas 34 tahun beroperasi jumlah keanggotaan yang berdaftar sebagai Anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad telah meningkat melebihi 14,000 orang pada tahun 2005. Selepas MAS memperkenalkan MSS (Mutual Seperation Scheme) pada tahun 2007, jumlah anggota telah berkurangan dan sehingga 30hb November 2014, jumlah sebenar anggota adalah 13,416 orang. Aktiviti utama Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad ini ialah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada anggotanya.

PENAUNG KSKMAS

E-mail Print PDF
Assalamualaikum w.b.t,
 
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama berdoa ke Hadrat Illahi atas keselamatan dan kesejahteraan Anak-anak Kapal dan juga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8hb Mac 2014 yang lalu. Amin
 
Saya ingin merakamkan terima kasih atas kesudian pihak Anggota Lembaga kerana memberikan  ruang kepada saya mengukir sepatah dua kata untuk renungan bersama di dalam Buku Laporan Tahunan 2013 ini. 
 
Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNYA di atas kejayaan Koperasi terus mengekalkan pencapaian prestasi yang membanggakan pada Tahun Kewangan 2013 dengan pencapaian Keuntungan Bersih mencecah RM18.6 juta. Ini menggambarkan kesungguhan dan komitmen kesemua pihak, baik Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi, dalam memikul dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Anggota Koperasi ini.  
 
Saya juga difahamkan bahawa tahun 2014 ini merupakan Sambutan Ulang tahun Ke 40 Koperasi ini sejak ditubuhkan pada 15 Januari 1974. Tahniah buat semua. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi untuk melakarkan kejayaan di masa hadapan. Perlu diingatkan, walaupun telah mencapai 40 tahun kejayaan, bukan bermakna Koperasi boleh terus berbangga dengan kejayaan tersebut. Tanpa komitmen dan keikhlasan yang berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, ia  boleh mengundang kegagalan.  
 
Di sebalik mengejar kejayaan, Koperasi juga perlu memastikan kepentingan dan kebajikan Anggota terus dipelihara serta dipertingkatkan sejajar dengan keuntungan yang dicapai. Walaupun Anggota sering mengharapkan jumlah Dividen yang tinggi, tetapi ini bukanlah ukuran yang tepat. Sebaliknya sebagai Anggota, kebajikan dan kemudahan yang ditawarkan perlu dihargai dan dinilai dengan sewajarnya.
 
Saya selaku Penaung KSK MAS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi kerana telah berjaya memenuhi amanah dan kepercayaan Anggota dalam melakar kejayaan ini. 
 
Akhir kata, semoga Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Koperasi akan menjadi titik tolak untuk terus berjaya di masa hadapan ke arah pencapaian Visi dan Misi Koperasi ini. Pihak Pengurusan Atasan MAS akan terus memberikan sokongan dan jalinan perniagaan yang bersesuaian kepada Koperasi ini untuk terus menempa kejayaan bersama di masa hadapan.
 
Warga kerja bersatu umpama keluarga….
Suka duka dikongsi bersama…..
 
 
Sekian, wassalam.
 
Ahmad Jauhari Yahya
Penaung KSK MAS (M) BHD
 
Last Updated on Thursday, 26 June 2014 09:18

Page 1 of 5

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »