Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Bhd

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Aktiviti - Penyerahan Kunci & Gotong-Royong

E-mail Print PDF

Penyerahan Anak Kunci Lot Bangunan, Putra Point, Fasa 2B, Bandar Baru Nilai kepada Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim / Miskin Taman Baiduri yang diterajui oleh En Mohd Shukry bin Md Latar dan Pusat Jagaan Nurel Amin Bandar Country Homes, Rawang yang diterajui oleh Ustaz Johari Hj Morad telah disempurnakan oleh Pengurus KSKMAS, En. Abdul Hajis Yusof pada hari Rabu, 28hb Julai 2010 yang lalu bertempat di hadapan Lot Bangunan, Putra Point, Fasa 2B, Bandar Baru Nilai.

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menyalurkan tanggungjawab sosial KSKMAS kepada masyarakat 1Malaysia, di samping menerapkan Nilai-Nilai Murni di kalangan Anggota Koperasi bersesuaian dengan VISI KSKMAS ‘MENJADI KOPERASI BERTARAF 5 BINTANG MENJELANG 2013 DENGAN BERPEGANG KEPADA NILAI-NILAI MURNI’.

Bagi merealisasikan tujuan murni ini, pihak KSKMAS telah mengadakan Aktiviti Gotong-Royong pada hari Sabtu 31hb Julai 2010 yang lepas bagi membersihkan bangunan agar memudahkan Pusat Jagaan tersebut merancang dan seterusnya melaksanakan aktiviti untuk penghuni-penghuninya. Anggota Lembaga dan Kakitangan KSKMAS telah bersama-sama mengambil bahagian dalam menjayakan Aktiviti Gotong-Royong ini.

Di samping gotong-royong pihak KSKMAS turut dapat menjalinkan silaturrahim serta bersuaikenal dengan Anak-Anak Yatim yang akan menjadi penghuni di bangunan ini. Pihak KSKMAS menzahirkan ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga diatas sumbangan ikhlas, masa dan tenaga kepada Anggota Lembaga dan Kakitangan serta anggota keluarga yang turut hadir pada Aktiviti Gotong-Royong tersebut.

 

Salam,

KSKMAS

 

‘MENJADI KOPERASI BERTARAF 5 BINTANG MENJELANG 2013 DENGAN BERPEGANG KEPADA NILAI-NILAI MURNI’