Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Kepada   : Semua Anggota
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Daripada : Ketua Jawatankuasa
                Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Tarikh     : 30hb. Ogos 2019


Tuan-Puan;

MAKLUMAN PENGHANTARAN PERMOHONAN SUMBANGAN TAHUN 1 DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK ANGGOTA BERSTATUS ORANG KURANG UPAYA (OKU) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2020

Merujuk kepada perkara di atas , dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad (KSK MAS) menerusi Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan akan menyalurkan Sumbangan Tahun 1 kepada semua anak-anak Anggotanya dan Bantuan Persekolahan kepada anak-anak Anggota yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Sesi Persekolahan 2020  tertakluk kepada syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan iaitu seperti berikut:- 

SYARAT-SYARAT :-

A)  Permohonan Sumbangan Tahun 1

1) Anggota yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 semasa tarikh permohonan.
2) Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama 6 bulan berturut-turut atau membuat caruman TKK                 secara berterusan sebelum tarikh permohonan.
3) Gaji pokok sebulan berjumlah RM2,500.00 dan ke bawah
4) Anak-Anak Anggota yang akan memasuki Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan 2020
5) Keputusan Anggota Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan adalah muktamad

B)  Bantuan Persekolahan Anak-Anak Anggota Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

1) Anggota yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 semasa tarikh permohonan.
2) Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama 6 bulan berturut-turut atau membuat caruman TKK                 secara berterusan sebelum tarikh permohonan.
3) Anak-Anak yang dikategorikan OKU.
4) Anak-Anak OKU yang akan memasuki Tahun 1 atau sedang belajar dari peringkat Sekolah Rendah hingga Tingkatan 6 pada Sesi            Persekolahan 2020.
5) Anak-Anak OKU yang akan memasuki IPTA / IPTS peringkat Diploma/ Ijazah buat kali pertama sahaja
6) Keputusan Anggota Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan adalah muktamad

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :- 

A)  Permohonan Sumbangan Tahun 1

1) Borang Permohonan Sumbangan Tahun 1 yang lengkap sepertimana yang dilampirkan.
2) Penyata Gaji Terkini yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan / Urus setia / Kakitangan KSK MAS.
3) Salinan Sijil Kelahiran Anak
4) Surat Pengesahan Kemasukan Tahun 1 daripada pihak Sekolah Sesi 2020

B)  Bantuan Persekolahan Anak-Anak Anggota yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

1) Salinan Sijil Kelahiran Anak
2) Kad Pengesahan OKU.
3) Surat Pengesahan Persekolahan dari pihak Sekolah Sesi 2020
4) Surat Pengesahan Belajar di IPTA / IPTS.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa ini memohon kepada semua Anggota yang berkelayakan supaya dapat mengisi Borang yang dilampirkan / dokumen yang diperlukan dengan lengkap mengikut kategori yang dinyatakan dan menyerahkannya ke pejabat KSK MAS dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 30hb September 2019 (Isnin). Ini adalah bertujuan bagi memudahkan pihak Pengurusan dan Jawatankuasa ini membuat tindakan selanjutnya untuk menjayakan program yangakan diadakan pada akhir bulan November 2019. 

Untuk makluman juga, pemberian Sumbangan / Bantuan Persekolahan ini merupakan salah satu aktiviti Kebajikan KSK MAS atas dasar keprihatinan dalam usaha untuk meringankan bebanan Anggota-Anggota KSK MAS bagi menghadapi Sesi Persekolahan 2020 nanti.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak Urusetia, Pn. Zainon menerusi e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. /  telefon 03-78873940 / 019-2660308 atau Pn Nur Shafika menerusi emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / telefon 03-877 72926 / 03-877 72927/ 012-9730142 untuk keterangan selanjutnya.

Bersama-sama ini disertakan borang yang berkenaan bagi memudahkan urusan selanjutnya dilakukan.

Sekian dan terima kasih.

 

MOHD FAUZI B DAUD

 

 * Borang Sumbangan Tahun 1 2020

 

 

699645
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
159
692349
22094

09-12-2019

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay