Klik untuk download
Klik untuk download

Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG KSK MAS BAGI TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) dibawah Jawatankuasa Imbuhan dan Pencalonan meyediakan beberapa skim Faedah dan Bantuan secara langsung (one of) dan tahunan kepada Anggota dan anak-anak Anggota. Salah satu skim yang di sediakan adalah SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG

Sehubungan dengan itu semua Ibubapa (Anggota KSK MAS) yang mempunyai anak-anak dan  memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM & TAHFIZ bagi Tahun 2017 adalah diminta supaya menghantar salinan keputusan tersebut ke Pejabat KSK MAS sebelum atau pada 13hb. Jun 2018  (Rabu).

Read more ...

Kepada Semua Anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

Daripada Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

Rujukan KOMAS / MAKLUMAN-WP-2017/006

Tarikh 23hb Februari 2017

Anggota-Anggota yang dihormati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PER: POTONGAN GAJI UNTUK KSK MAS

Mulai 10 Mac 2017, KSK MAS hanya akan menerima caruman dan bayaran daripada Anggota yang berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad atau anak syarikatnya (MAB) melalui kaedah potongan gaji sahaja.

Oleh yang demikian, sekiranya Tuan/Puan masih lagi belum mengisi dan menghantar salinan asal Surat Kebenaran Potongan Gaji kepada KSK MAS, Tuan/Puan disarankan untuk segera bertindak. Ini terutamanya bagi Anggota yang mempunyai komitmen untuk membayar balik pembiayaan.

Untuk makluman Tuan/Puan, pihak Koperasi akan menyenarai hitam CTOS Anggota yang gagal menjelaskan bayaran ansuran pembiayaan mereka melebihi tiga bulan. Mereka juga bakal menghadapi tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada kebankrapan.

Jika Tuan/Puan adalah peminjam yang mempunyai masalah untuk mengekalkan jumlah potongan yang pernah dibuat sebelum ini, pihak koperasi menawarkan kemudahan untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pembiayaan. Pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu Tuan/Puan berhubung perkara ini.

Sekiranya Tuan/Puan merupakan penjamin kepada mana-mana pembiayaan yang gagal dibayar, pihak koperasi ingin memberi jaminan bahawa gaji Tuan/Puan TIDAK AKAN DIPOTONG serta simpanan Tuan/Puan di koperasi TIDAK AKAN DITOLAK untuk membayar pembiayaan tersebut.

Bersama ini dilampirkan SOALAN-SOALAN LAZIM BERHUBUNG POTONGAN GAJI bagi menjawab sebarang kemusykilan berhubung dengan potongan gaji untuk KSK MAS. Sekiranya Tuan/Puan memerlukan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi pejabat KSK MAS di talian 03-8777 2926 / 27.

Yang benar

b/p KSK MAS (M) BERHAD

MOHD AFZAM BIN ADENAN

Pengurus Besar

** Lampiran

BORANG_PERMOHONAN_PENJADUALAN_SEMULA.pdf

SURAT_KEBENARAN_POTONGAN_GAJI.pdf

FAQ Potongan Gaji KSK MAS.pdf

200851
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
414
192458
16543

21-04-2018

               KSK MAS @ JomPay

Laporan Tahunan 2016/2017

Untuk makluman semua anggota,  salinan Laporan Tahunan KSK MAS 2016/2017 boleh di muat turun dari laman sesawang rasmi KSK MAS www.kskmas.com.my atau mendapatkan naskah yang telah dicetak di mana-mana pejabat KSK MAS samaada di KLIA ataupun di Glomac, Kelana Jaya.