Tahniah diucapkan kepada KSK MAS kerana masih dapat mengekalkan kedudukan sebagai salah satu koperasi terbaik di Wilayah persekutuan dan di Malaysia. Pihak SKM telah menjemput wakil daripada anggota lembaga KSK MAS ke majlis penyampaian ini dilangsungkan bersekali dengan Seminar dan Pameran Sektor Pelancongan Koperasi Wilayah Persekutuan hari ini di Hotel Vistana Kuala Lumpur.