Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

MAKLUMAN PEMBATALAN SUMBANGAN/ BANTUAN 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Buat Semua Anggota KSK MAS yang dihormati;

MAKLUMAN PEMBATALAN PEMBERIAN SUMBANGAN DAN BANTUAN
TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI BAGI TAHUN 2020

Read more ...

Kepada          Anggota                       
                       Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad


Daripada        Bendahari                       
                        Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad


Tarikh             23hb Mac 2020

PENANGGUHAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN BERHUBUNG COVID-19 

Berdasarkan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Unit Hal Ehwal Antarabangsa & Komunikasi Korporat SKM bertarikh 17 Mac 2020, bertajuk Penangguhan Pembayaran Balik Pembiayaan Berhubung Covid - 19, yang menyarankan kesemua koperasi yang mengeluarkan pembiayaan peribadi, pajak gadai islam (Ar-Rahnu) dan mikro kredit kepada anggota juga digalakkan untuk menawarkan penangguhan pembayaran balik.

Maka dengan ini, hasil perbincangan antara ALK KSK MAS pada 20 Mac 2020, pihak ALK telah bersetuju untuk menangguhkan terlebih dahulu potongan gaji bagi pembayaran (termasuk sama ada pembayaran Saham / Yuran / Pembiayaan) sepertimana arahan/saranan daripada pihak SKM tersebut, selama 3 bulan bermula daripada bulan April 2020 sehingga Jun 2020. Pemotongan gaji bagi semua jenis pembayaran akan dijalankan semula seperti sediakala pada bulan Julai 2020.

Namun begitu,  dalam perbincangan yang tersebut juga, pihak ALK KSK MAS turut bersetuju bahawa semua pembayaran tertangguh tersebut sama ada bagi pembayaran Yuran / Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) / Pembiayaan / Caruman Insurans akan diambil daripada simpanan yuran anggota yang terlibat dengan pemotongan gaji, berdasarkan jumlah potongan wajib bulanan anggota yang tersebut. 

Walau bagaimana pun, bagi anggota yang jumlah simpanan yuran mereka adalah tidak mencukupi bagi menampung pembayaran yang tersebut, pihak pengurusan KSK MAS akan menghubungi untuk membuat pembayaran melalui perbankan internet, mesin deposit tunai atau pembayaran tunai di pejabat KSK MAS. 

Sekiranya Anggota mempunyai pertanyaan berhubung perkara ini, boleh menghubungi 03-8777 2927/2926 atau ‘whatsapp’ ke 012-9730 141/012-9730 142/012-9730 143 untuk maklumat lanjut. Semoga dengan adanya penangguhan ini akan memudahkan segala urusan kewangan anggota terbabit dalam menghadapi suasana tidak menentu ini.

Sekian, terima kasih. 

 

Dengan hormatnya,

b/p KSK MAS (M) BHD

   

Mohd Nasharil Bin Mohd Nasiruddin

Bendahari

 

* Lampiran : Pekeliling Penangguhan Pembiayaan Berhubung Covid 19

 

898289
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
127
886295
28100

06-06-2020

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay