Tarikh : 21hb. Ogos 2016
Hari : Ahad
Masa : 11.45 pagi – 2.30 petang
Tempat : Berhadapan Kaunter Tabung Haji
(TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD)
Aras 5, Balai Berlepas,
Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Hadir (MAB) : Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof - Pengerusi MAB
: Pihak Pengurusan MAB
Hadir : En. Ian Krisnawan b Ahmad - Pengerusi KSK MAS
(KSK MAS) : Pn. Hjh. Haslinda bt Shamsudin - Bendahari KSK MAS
: En. Rozairi b Hj Mohamad Daud - Anggota Lembaga KSK MAS
Turut Hadir : En. Mohd Afzam b Adenan - Pengurus Besar KSK MAS
: Pn. Zainon bt Rais - Urusetia
: En. Rahimee b Ab Manan - Urusetia
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Jawatankuasa Kebajikan Islam MAB (JKIM), En. Wan Abdul Hadi b Wan Salleh dan diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi MAB, Ybhg. Tan Sri Md. Nor b Md Yusof.
Acara Penyerahan Sumbangan berupa Wang Tunai ini telah dilakukan bersama-sama dengan penyerahan `Boarding Pass’ kepada semua Jemaah Haji seramai 49 orang yang terdiri daripada Kakitangan MAB dan pasangan masing-masing. Sumbangan Wang Tunai daripada KSK MAS kepada Jemaah Lelaki telah disampaikan oleh Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof dengan diiringi oleh En. Ian Krisnawan b Ahmad, Pengerusi KSK MAS manakala bagi Jemaah Perempuan telah disampaikan oleh isteri Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof diiringi oleh Pn. Hjh. Haslinda bt Shamsudin, Bendahari KSK MAS.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa daripada pihak TH Travel & Services Sdn Bhd.