Penyerahan Cek Pemulangan Semula Saham / Yuran dan Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) kepada Waris Anggota Meninggal Dunia, Allahyarham Isa b Maharup, No. Anggota 016850 dari Jabatan AeroDarat – SBW telah disempurnakan iaitu seperti berikut:-
Tarikh Penyerahan : 11hb. Februari 2020
Tempat : Rumah Kediaman Waris
Batu 9, Jalan Oya,
Sibu, Sarawak.
Waris : Pn. Saptuyah bt Sabran
Hubungan : Isteri
Hadir : En Amir Hamzah b Nordin (ALK)
: En. Ali Supian b Daud (Perwakilan SBW)
: En. Rahimee b Ab Manan (Urus setia JIPK)
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh salah seorang Anggota Lembaga KSK MAS, En. Amir Hamzah b Nordin dengan disaksikan oleh Anggota Perwakilan SBW, En Ali Supian b Daud dan Urus setia JIPK, En. Rahimee b Ab Manan. En. Amir Hamzah b Nordin sebagai Wakil KSK MAS telah menyampaikan salam Takziah serta memberi penerangan yang berkaitan Pemulangan Semula Saham dan Yuran serta Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi kepada keluarga Allahyarham.
Bagi pihak keluarga Allahyarham juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.