Kelayakan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Malaysia Airlines Berhad dan subsidiari- subsidiarinya dan syarikat – syarikat bersekutu

·       - Malaysia Aviation Group (MAG);

·       - bekas subsidiari atau syarikat bersekutu MAS;

·       - bekas subsidiari atau syarikat bersekutu MAG.

 

Permohonan Untuk Menjadi Anggota 

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dengan menggunakan borang asal  yang disediakan oleh pihak KSK MAS   atau dari laman web  KSK MAS
  • Sila sertakan salinan :-

·        Kad Pengenalan    ( Depan  & Belakang )

·        Kad Perkerja        ( Depan  & Belakang )

·        Surat Pengesahan Jawatan

 

Proses Pendaftaran

  • Bayaran proses pendaftaran masuk Anggota sebanyak RM10.00 akan dibuat melalui potongan gaji iaitu setelah permohonan tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga KSK MAS.
  • Bekas Anggota yang memohon untuk menjadi Anggota semula dikenakan fee masuk atau bayaran proses sebanyak RM50.00.

 

Potongan Untuk Saham

  • Bayaran saham sebanyak RM200.00 mestilah dijelaskan oleh setiap Anggota  baru.
  • Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji dalam tempoh lima (5) bulan berturut -turut setelah permohonan tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga

 

Potongan Untuk Yuran

  • Setelah saham Anggota genap RM200.00 yuran bulanan seterusnya akan ditolak melalui potongan gaji.
  • Potongan minimum yuran bulanan RM30.00 sebulan, tiada had maksimum yuran bulanan yang ditetapkan bergantung kepada kelayakan potongan gaji.
  • Potongan yuran RM1,000.00 dan ke atas setiap bulan perlu menyertakan kelayakan, penyata gaji terkini (asal) dan salinan sebagai pengesahan kelayakan.

 

Terhenti Daripada Menjadi Anggota

  • Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga

    Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut:

    ·        - Meninggal Dunia

    ·        - Menarik Diri

             - Telah mencapai umur enam puluh (60) tahun

    Anggota yang telah berhenti notis selama dua belas bulan dan ingin memohon menjadi Anggota semula, mesti genap setahun dari tarikh surat permohonan yang akan diluluskan oleh Setiausaha.

Pembayaran Dividen Tahunan

  • Pemberian Dividen kepada Anggota tertakluk kepada keuntungan tahun kewangan yang berakhir pada 31hb Disember setiap tahun.

 

699632
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
146
692349
22094

09-12-2019

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay