SOAL JAWAB :

 

A. BIRO PERHUBUNGAN & KEBAJIKAN                                                                                                   

S :       Sumbangan Zakat tidak sepatutnya diberi kepada Anak-Anak Yatim kerana golongan ini bukanlah asnaf yang berhakmenerima                      

J :        Amalan Koperasi ini menyalurkan Sumbangan dan Pemberian Zakat bukan sahaja pada Anak-Anak Yatim tetapi kepada golongan lain seperti Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, Pembiayaan Pembelajaran Pelajar-Pelajar Tahfiz , golongan Asnaf serta Badan @ RumahAnak Yatim berpandukan kepada maklumat daripada Pejabat Zakat Negeri Selangor.

                                                                                                         

S :       Tuntutan Khairat Kematian Anggota Keluarga juga diberi kepada Anggota yang sudah berkahwin sekiranya ibubapa Anggotameninggal dunia.  

J :        Jika dilihat dari aspek kebajikan Anggota yang sudah berkahwin telah diperuntukan lebih banyak sumbangan berbanding Anggotabujang antaranya :

            1. Bantuan Persekolahan Anak-Anak

            2. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

            3. Khairat Kematian Anggota Keluargasuami / isteri / anak

            4. Program Motivasi Anak-Anak Anggota

            5. Skim-Skim Pembiayaan Pendidikan Rendah dan Pengajian Tinggi

 Sebaliknya, Anggota bujang hanya disediakan sumbangan Khairat Kematian sekiranya ibu / bapa meninggal dunia, malah kadarsumbangan yang diterima oleh Anggota yang sudah berkahwin atas Khairat Kematian ini lebih tinggi berbanding Anggota bujang.

 

S :       Menambahkan lagi jumlah yang sediaada bagi setiap kebajikan.Bagi elaun hospital tempoh kemasukkan Hospital daripada lima hariberturut-turut dikurangkan kepada dua hari sahaja dan elaun tersebut perlu diberi kepada Anggota Keluarga.

J :        Sebarang Pindaan atas Kumpulan Wang Pelajaran & Kebajikan Anggota perlu dibawa sebagai Usul untuk dibentangkan dandiluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan    

                                                                          

S :       Memberi sumbangan kepada Anggota yang baru berkahwin,mendapat cahaya mata dan anak yang berjaya memasuki ke University   

J :        Koperasi ini mempunyai Anggota seramai hampir 14,500 orang dan semestinya akan melibatkan kos perbelanjaan yang tinggisekiranya segala cadangan ini dilaksanakan. Sebagai sikap prihatin atas kebajikan Anggota, Koperasi telahpun menyediakan sumbangandan kebajikan seperti Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di peringkat rendah dan menengah serta Bantuan Persekolahan yang dibuatsetiap tahun.                                                                    

                                                                                                         

S :       Mencadangkan supaya menyediakan sumbangan bagi Anggota dan Anggota Keluarga yang mengalami Penyakit Kronik yang memerlukan rawatan susulan

J :        Koperasi telahpun melaksanakan pemberian sumbangan kepada beberapa Anggota yang mengalami Penyakit Kronik dalam usahamembantu mengurangkan bebanan kos perbelanjaan perubatan berpandukan setiap permohonan yang diterima dengan tertakluk kepadakelulusan Lembaga.                                                                

                                                                                                         

S :       Meminta pihak KSKMAS bekerjasama dengan pihak HC terutama dalam kes kematian Anggota dan Anggota Keluarga

J :        Sehingga kini, pihak KSK MAS mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan HC MAS dalam penyaluran apa sajamaklumat  berkenaan Anggota seperti kematian, pemberhentian Anggota dansebagainya.                                                                                  

                                                                                                         

S :       Menyediakan sumbangan duit raya kepada anak Anggota yang berumur 15 tahun ke bawah

J :        Sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu, pihak Koperasi telah menyediakan pelbagai bentuk sumbangan dan kebajikan kepadaAnak-Anak Anggota seperti penghargaan pencapaian pelajaran melalui Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Begitu juga sikap prihatinKoperasi dengan menyediakan Bantuan Persekolahan kepada Anak Anggota pada setiap tahun termasuk Anak-Anak kepada Anggota yang telah meninggal dunia.    

                                                                               

S :       Mengadakan lawatan ke rumah Anak-Anak Yatim dan mengadakan Forum Agama dengan menjemput Ustaz-Ustaz yang berpengalaman seperti Ustaz Azhar Idrus

J :        Buat masa ini, pihak Koperasi telah mengadakan ceramah Agama dengan kerjasama Pusat Muktamar Islam MAS (PMIM) padabulan Ramadhan sempena Majlis Penyerahan Zakat. Insyallah dengan sokongan dan kerjasama PMIM, pihak Koperasi akanmenganjurkan ceramah ini di masa hadapan.    

                                                                           

S :       Mencadangkan supaya Koperasi lebih mengutamakan hal-hal kebajikan Anggota berbanding dengan aktiviti lain.

J :        Jika direnungkan kembali, pelbagai aktiviti kebajikan yang telah disediakan dan disalurkan kepada Anggota Koperasi ini. Kita tidakboleh mengabaikan serta perlu mengimbangi aktiviti-aktiviti lain terutamanya yang melibatkan kehendak dan peruntukan UUK atau Aktadalam memastikan urus tadbir dan pengurusan Koperasi berjalan lancar dan menjamin keuntungan.

Sebarang cadangan bagi penambahbaik aktiviti Kebajikan, bolehlah hubungi kami untuk pertimbangan seterusnya.

                                                    

S :       Mencadangkan supaya menyediakan sumbangan ( Tabung Khas ) atau duit raya kepada Ibu Tunggal kakitangan MAS dengansyarat golongan ini mendaftar.

J :        Dalam Majlis Penyerahan Zakat pada setiap tahun, Koperasi tidak pernah mengabaikan sumbangan kepada Ibu Tunggalkakitangan MAS dengan memperuntukan sumbangan kepada BERKAT                  

                                              

S :       Koperasi harus mengambil sebuah Rumah Anak-Anak Yatim sebagai projek   

J :        Untuk makluman, sejak tahun 2010 Koperasi telahpun mengambil 2 buah Rumah Anak Yatim sebagai Anak Angkat denganmewakafkan 2 unit rumah kedai di Bandar Baru Nilai untuk kemudahan kegunaan Rumah Anak Yatim ini :

            1. Rumah Anak-Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil

            2. Pusat Jagaan Nurul Amin, Bandar Country Homes, Rawang      

          

S :       Mewujudkan Website Koperasi yang canggih yang boleh muat turun borang, menyemak status permohonan pinjaman/penjamin dantidak perlu ulang alik berurusan di Koperasi.

J :        Sekarang ini, Anggota boleh melayari laman sesawang www.kskmas.com.my untuk mendapatkan segala maklumat terkini sertamuat turun pelbagai Borang termasuk Pembiayaan, Permohonan Menjadi Anggota dan sebagainya dalam ruang “click borang”       .

Bagi tujuan penyemakan status permohonan / Peminjam / Penjamin, pihak Koperasi sedang dalam dalam usaha untuk penambahbaikankemudahan online ini.       

                                        

B. BIRO PEMBIAYAAN & TPP                                            

S :       Menyediakan pinjaman untuk Anggota yang mahu melanjutkan pelajaran separuh masa contohnya di Open Universiti dan pinjamantersebut diberikan secara berkala pada setiap semester untuk membayar yuran pengajian.

J :        Pihak Koperasi telahpun menyediakan Pembiayaan Pengajian Tinggi berjumlah RM10,000 untuk Anggota dan Anak-Anak Anggota yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti samada IPTA atau IPTS termasuk pengajian separuh masa. Namun begitu, pembayaran Pembiayaan dibuat sepenuhnya setelah permohonan pembiayaan diluluskan dan bukan mengikut semester.       

                                                                                      

S :       Mengurangkan caj perkhidmatan setiap pinjaman kerana caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding bank-bank lain

J :        Untuk makluman, setiap pindaan atas Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan termasuk pengurangan cajperkhidmatan perlu dibawa sebagai Usul untuk dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.

Bagi Usul ini, pihak Koperasi meminta supaya Anggota berhubung terus dengan Perwakilan yang telah dilantik di Stesen-Stesenberkenaan untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.                                                                                       

 

S :       Mencadangkan setiap Pembiayaan tiada penjamin seperti bank-bank di luar kerana ramai penjamin terpaksa menanggung bebanpotongan gaji dan menaikkan kadar potongan TPP untuk melindungi kes peminjam lari atau dibuang kerja

J :        Sepertimana juga persoalan terdahulu, cadangan ini perlu dibawa sebagai Usul untuk dibentangkan dan diluluskan dalamMesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.                                                                        

 

C. BIRO PUSAT NIAGA                                                                                                     

S :       Memberi pakej Pelancongan untuk Anggota Koperasi dengan kadar berpatutan tanpa membuat Pinjaman

J :        Koperasi telahpun menyediakan pelbagai pakej pelancongan yang menarik dan kompetatif untuk kemudahan Anggota denganmenyediakan Pembiayaan Pelancongan yang had pembiayaan RM20,000 kepada Anggota yang layak.

 Tetapi bagi Anggota yang mampu tanpa memerlukan kemudahan pembiayaan, sila hubungi kakitangan Pusat Niaga KSK MAS untukmendapatkan tawaran pakej yang menarik ditawarkan.              

                                                                                

S :       Mengadakan Hari Keluarga dan hari terbuka dan menjemput pembekal yang berkaitan dengan KSK MAS untuk menarik minatAnggota

J :        Memandangkan jumlah dan lokasi Anggota KSK MAS ini di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak, maka cadangan menganjurkanHari Keluarga adalah sukar dan tidak bersesuaian. Bagi tujuan mendapatkan tawaran produk oleh KSK MAS, bolehlah layari www.kskmas.com.my

Bagaimanapun, pada 28 – 30hb November 2012 ini, Koperasi akan mengadakan Karnival KSK MAS 2012 bertempat di bersebelahanKafeteria Hangar 6, KLIA dengan menyediakan pelbagai promosi dan jualan oleh Pembekal KSK MAS. Semua dijemput hadir.

                       

S :       Mencadangkan menyediakan insurans kemalangan untuk Anggota dan Anggota Keluarga,mengadakan majlis taklimat kepadasemua Anggota mengenai segala kemudahan kebajikan yang ada di KSKMAS dan menghantar kakitangan KSKMAS mengikuti kursusmesra pelanggan.

J :        Koperasi telahpun menyediakan kemudahan Insurans berkelompok dengan beberapa Syarikat Insurans terkenal seperti Takaful Malaysia, Etiqa Takaful untuk  kemudahan Anggota dengan kadar premium serendah RM10.00 sebulan. Sila hubungi kakitangan PusatNiaga KSK MAS untuk mendapatkannya.

 Koperasi menyambut baik cadangan supaya kakitangan KSK MAS perlu mengikuti kursus Mesra Pelanggan dan akan merangka kursusini melalui Biro Pendidikan & Latihan dalam usaha mempertingkatkan tahap perkhidmatan kakitangan KSK MAS.     

                       

D. ISU LAIN-LAIN                  

S :       Mewujudkan satu email khas di SZB dan KLIA supaya Anggota boleh bertanya tanpa membuat panggilan melalui telefon ataudatang ke Koperasi. ( email tersebut mesti dijawab dalam masa 24 jam )

J :        Bagi tujuan ini, Anggota boleh melayari terus www.kskmas.com.my pada ruang ”maklumbalas” untuk menghantar emel teruskepada Koperasi atau menghantar emel kepada Ketua Jabatan sepertimana yang tertera di dalam laman sesawang kskmas.com.my      

                       

S :       Membuat pendaftaran dan penambahan potongan dan lain-lain secara online untuk kemudahan Anggota

J :        Sepertimana penjelasan terdahulu, Koperasi sedang dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap kemudahan sistem online didalam laman sesawang. Bagaimanapun, Anggota telah boleh memuat turun segala Borang dengan ”click borang” di dalam lamansesawang kskmas.com.my

           

S :       Bayaran untuk Anggota yang bersara dan jumlah bayaran mengikut tempoh keanggotaan.

J :        Mulai 1hb Julai 2011, Koperasi telahpun menyediakan Sumbangan Saguhati kepada mana-mana Anggota yang telah bersara danmenjadi Anggota melebihi 20 tahun dan ke atas dengan jumlah sumbangan RM500.00 seorang

           

S :       Dividen perlu dinaikkan lagi daripada 10% kepada 16%.

J :        Pembahagian Dividen ini berpandukan kepada prestasi Keuntungan Bersih Tahun Kewangan setelah mengambilkira PeruntukanPembahagian Wang Berkanun oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

 Kelulusan bagi pembahagian dividen ini perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dengan kelulusanbertulis oleh SKM sekiranya kadar dividen melebihi 10%.

Untuk perkongsian bersama, bagi sebuah Koperasi yang berjaya bukanlah diukur atas prestasi pembayaran dividen tetapi perlu diimbangidengan aktiviti kemudahan dan kebajikan yang disediakan kepada semua Anggota. Ini jelas dilihat di mana Koperasi ini telah menyediakanpelbagai kemudahan dan kebajikan yang bukan sahaja kemudahan pembiayaan malah pelbagai kebajikan kepada Anggota dan Anak-Anak Anggota.

108772
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
430
103505
11002

14-12-2017

               KSK MAS @ JomPay

Laporan Tahunan 2016/2017

Untuk makluman semua anggota,  salinan Laporan Tahunan KSK MAS 2016/2017 boleh di muat turun dari laman sesawang rasmi KSK MAS www.kskmas.com.my atau mendapatkan naskah yang telah dicetak di mana-mana pejabat KSK MAS samaada di KLIA ataupun di Glomac, Kelana Jaya.