Strategi
  • Menambahbaik produk-produk pembiayaan berdasarkan kajian berterusan terhadap Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat pembiayaan selaras dengan perkembangan semasa
  • Memastikan pengurusan yang dinamik dengan tadbir urus yang cekap, telus dan berintergriti
  • Menambah Pemilikan hartanah yang berpotensi tinggi dengan menitikberatkan faktor-faktor risiko
  • Perancangan Struktur Tunai yang berkesan dalam strategi Pelaburan serta mendapat kemudahan Geran / Pembiayaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Kementerian
  • Meningkatkan perkhidmatan kepada Anggota dengan menawarkan sistem talian terus pada tahun 2013
  • Menyediakan peruntukan yang berterusan bagi melaksanakan semua program kebajikan serta sumbangan dengan mengambilkira keperluan semasa Anggota dan masyarakat.
  • Membentuk Perwakilan yang berwibawa dalam mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul di kalangan Anggota dengan berkesan.
  • Memperkasakan pengetahuan kepada Anggota Lembaga, Perwakilan, Anggota serta Kakitangan Koperasi melalui latihan yang telah disediakan oleh Maktab Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.