Kepada : Semua Anggota
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
Daripada : Ketua Jawatankuasa
Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
Tarikh : 1hb April 2026
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG SPM,STAM & TAHFIZ KSK MAS BAGI TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) di bawah Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan menyediakan beberapa skim Faedah dan Bantuan secara langsung (one off) dan tahunan kepada Anggota dan anak-anak Anggotanya. Salah satu skim yang disediakan adalah SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG.
Sehubungan dengan itu semua ibu / bapa (Anggota KSK MAS) mempunyai anak-anak yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz bagi Tahun 2025 adalah diminta supaya menghantar salinan keputusan peperiksaan tersebut ke Pejabat KSK MAS sebelum atau pada 1hb Mei 2026 (Jumaat).
Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:-
A. Keputusan Peperiksaan :
1. SPM - Keputusan minima 6A termasuk 4 matapelajaran wajib iaitu seperti berikut:-
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik
iv. Sains / Fizik / Kimia / Biologi
2. STAM - Mencapai pangkat keseluruhan Jayyid Jiddan dan Mumtaz
3. Tahfiz - Menghafaz Al-Quran 30 juzuk.
B. Syarat-syarat Permohonan:-
- Anggota KSK MAS yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 semasa tarikh permohonan.
- Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama 6 bulan berturut-turut atau membuat caruman Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) secara berterusan sebelum tarikh permohonan.
- Terbuka kepada semua anak-anak Anggota yang mengambil peperiksaan / Tahfiz dan telah memenuhi syarat (1) dan (2).
- Permohonan terbuka kepada anak-anak Anggota yang telah meninggal dunia dan telah membuat caruman TKK sebelum kematiannya.
- Sekiranya ibu dan bapa adalah anggota KSK MAS, hanya salah seorang sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
- Tempoh penghantaran permohonan adalah mengikut sepertimana yang dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa.
- Anggota di kehendaki mengisi borang yang disediakan dan mengemukakan dokumen yang diperlukan.
- Semua keputusan adalah tertakluk kepada pihak Jawatankuasa.
C. Dokumen yang diperlukan:-
- Borang Penghantaran Keputusan Peperiksaan.
- Salinan Keputusan Peperiksaan yang telah di sahkan oleh pihak Sekolah / Anggota Lembaga / Anggota Perwakilan / Kakitangan KSK MAS.
- Salinan Sijil Kelahiran Anak / Surat Pengesahan (sekiranya anak angkat)
Sila ambil perhatian, Borang Permohonan boleh didapati daripada Pejabat KSK MAS di SIP, Sepang, Kiosk KSK MAS Cawangan KLIA dan Pejabat Arrahnu Emas, Elmina dan melalui e-mel makluman atau laman sesawang KSK MAS, www.kskmas.com.my/joomla atau dengan menghubungi pihak Urusetia. Dokumen atau maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Nota :
- Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat KSK MAS di SIP Sepang, Kiosk KSK MAS di cawangan KLIA dan Pejabat Arrahnu Emas Elmina.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
Tarikh pembayaran Hadiah Pelajar Cemerlang akan dimaklumkan kemudian.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Urusetia, Pn. Nur Shafika menerusi e-mel
Semua keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS adalah muktamad.
Sila ambil perhatian, bagi memudahkan pihak KSK MAS menghubungi Ibu / Bapa pelajar yang terpilih, sila isikan data-data yang diperlukan dengan lengkap semasa menghantar Borang serta dokumen-dokumen yang diperlukan.
Bersama ini juga disertakan Borang yang berkaitan bagi memudahkan urusan Tuan/Puan.
Sekian terima kasih.
MOHD FAUZI BIN DAUD
Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS
* BORANG PELAJAR CEMERLANG 2025




