Klik Ucapan
Klik Ucapan

Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2020

Kepada    : Semua Anggota
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Daripada : Bendahari
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Tarikh    : 15hb. Januari 2022

Tuan/ Puan,

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2020

Read more ...

Kepada    : Semua Anggota
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Daripada : Bendahari
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Tarikh    : 15hb. Januari 2022

Tuan/ Puan,

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan kadar dividen atas simpanan Anggota KSK MAS bagi tahun kewangan berakhir 31hb Disember 2020 seperti mana yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); seperti berikut:

  • Dividen atas yuran sebanyak 2% yang mana 1.5% akan dibayar secara tunai manakala 0.5% lagi akan dikreditkan ke dalam modal yuran Anggota
  • Dividen atas Saham Anggota sebanyak 10%
  • Dividen atas Simpanan Khas sebanyak 2%

Anggota yang masih berkhidmat dan tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat-syarikat di bawah Malaysia Aviation Group serta subsidiari dan syarikat bersekutunya, perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan menghantar e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau SMS / Whatsapp ke 012-973 0141 / 012-973 0142 dalam tempoh satu (01) bulan daripada tarikh pekeliling ini dikeluarkan bermula daripada 15hb Januari 2022 sehingga 15hb Februari 2022. Sekiranya tiada permohonan selepas 15hb Februari 2022, maka dividen tersebut akan dikreditkan ke akaun yuran

Sila sertakan maklumat berikut semasa permohonan di buat:

  1. Nama Anggota
  2. No Kad Pengenalan
  3. No Akaun Bank dan Nama Bank (untuk tujuan pembayaran)

Manakala pembayaran dividen akan di buat secara berperingkat iaitu Februari dan Mac 2022. Bagi Anggota yang berkhidmat, pembayaran akan di buat oleh KSK MAS menerusi majikan Anggota melalui gaji.

Sila ambil maklum bahawa bayaran dividen secara tunai ini hanya akan di buat kepada Anggota yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Bagi Anggota berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat-syarikat di bawah Malaysia Aviation Group serta subsidiari dan syarikat bersekutunya
  1. Anggota mestilah telah membuat potongan gaji
  2. Anggota tidak mempunyai bayaran balik pembiayaan yang tertunggak
  • Bagi Anggota yang tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad
  1. Anggota membuat caruman Yuran secara konsisten
  2. Anggota tidak mempunyai bayaran balik pembiayaan yang tertunggak

Bagi Anggota yang tidak memenuhi syarat di atas, keseluruhan dividen akan didebitkan ke dalam Akaun Yuran, setelah dilaraskan terlebih dahulu dengan baki bayaran balik pembiayaan yang tertunggak dan yang di jadual semula.

Semakan kelayakan atau sebarang pertanyaan berhubung pembayaran dividen ini boleh di buat melalui telefon yang tertera di laman sesawang KSK MAS www.kskmas.com.my atau FB Rasmi “KSK MAS / @KSKMASinfo” serta berurusan dengan kaunter perkhidmatan keanggotaan KSK MAS di pejabat Plaza Glomac, Kelana Jaya

Di kesempatan ini, pihak Lembaga Koperasi dan seluruh warga KSK MAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua Anggota KSK MAS selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menentukan keteguhan dan kelestarian KSK MAS di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,

b/p KSK MAS (M) BHD

 

HJ. KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK
Bendahari
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

 

 

2065912
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
209
2054029
63780

06-07-2022

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay