Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

MAKLUMAN PEMBEKUAN SEMENTARA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN

Kepada            :          Semua Anggota 
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad 

Daripada          :          Bendahari  
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad            
 
Tarikh               :          15hb November 2022    

MAKLUMAN PEMBEKUAN SEMENTARA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN DI KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS (M) BERHAD (KSK MAS)

Read more ...

Kepada                  :              Semua Anggota 
                                               Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Daripada               :              Ketua Jawatankuasa
                                              Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan 
                                              Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

Tarikh                    :               1hb Ogos 2022   

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Tuan/Puan,  

LANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG BAGI PEPERIKSAAN STPM TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penghantaran keputusan bagi SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN STPM.  

Sehubungan dengan itu semua ibu / bapa (Anggota KSK MAS) yang mempunyai anak-anak dan memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM bagi tahun 2021 adalah diminta supaya menghantar salinan keputusan peperiksaan tersebut ke Pejabat KSK MAS sebelum atau pada 09hb. September 2022 (Jumaat) 

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:-  

A.      Keputusan Peperiksaan : 

  1. STPM     - Mencapai prinsipal cemerlang bagi semua subjek dan termasuk kertas Pengajian Am. 

B.      Syarat-syarat Permohonan:- 

    1. Anggota KSK MAS yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 semasa tarikh permohonan. 
    2. Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama 6 bulan berturut-turut atau membuat caruman Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) secara berterusan sebelum tarikh permohonan. 
    3. Terbuka kepada semua anak-anak Anggota yang mengambil peperiksaan dan telah memenuhi syarat (1). 
    4. Permohonan terbuka kepada anak-anak Anggota yang telah meninggal dunia dan telah membuat caruman TKK sebelum kematiannya. 
    5. Sekiranya ibu dan Bapa adalah anggota KSK MAS, hanya salah seorang sahaja yang layak untuk membuat permohonan
    6. Tempoh penghantaran permohonan adalah mengikut sepertimana yang dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa. 
    7. Anggota di kehendaki mengisi borang yang disediakan dan mengemukakan dokumen yang diperlukan. 
    8. Semua keputusan adalah tertakluk kepada pihak Jawatankuasa.  

C.      Dokumen yang diperlukan:- 

    1. Borang Penghantaran Keputusan Peperiksaan. 
    2. Salinan Keputusan Peperiksaan yang telah di sahkan oleh pihak Sekolah / Anggota Lembaga / Anggota  Perwakilan / Kakitangan KSK MAS. 
    3. Salinan Sijil Kelahiran Anak / Surat Pengesahan (sekiranya anak angkat).               
Sila ambil perhatian, Borang Permohonan boleh di dapati daripada Pejabat KSK MAS di Plaza Glomac Kelana Jaya dan Kiosk KSK MAS Cawangan KLIA atau melalui e-mel makluman atau laman sesawang KSK MAS,  www.kskmas.com.my atau dengan menghubungi pihak Urusetia. Dokumen atau maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak. 
 
Nota       : a.  Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat KSK MAS di  Plaza Glomac Kelana Jaya atau Kiosk KSK MAS
                    di cawangan KLIA                   
               b.  Permohonan yang diterima selepas lanjutan tarikh tutup akan DITOLAK                                             
               c.  Tarikh pembayaran Hadiah Cemerlang akan dimaklumkan kemudian.  
                            
 
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak Urusetia,  Pn. Nur Shafika menerusi  emel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau melalui telefon 012-294 0528 untuk keterangan selanjutnya.                                                                                                
Semua keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS adalah muktamad. 

Sila ambil perhatian, bagi memudahkan pihak KSK MAS menghubungi Ibubapa pelajar yang terpilih, sila isikan data-data yang diperlukan dengan lengkap semasa menghantar Borang serta dokumen-dokumen yang diperlukan. 

Bersama ini juga disertakan Borang yang berkaitan bagi memudahkan urusan Tuan/Puan. 


Sekian terima kasih. 

 
MOHD FAUZI BIN DAUD 

Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS
 

BORANG PELAJAR CEMERLANG

 

 

2345343
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
139
2332030
76851

04-12-2022

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay