Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAGI KELULUSAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2023

Kepada    : Semua Anggota
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
Daripada : Bendahari 
                Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
Tarikh : 22hb Mac 2023

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN BAGI KELULUSAN
SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2023

Read more ...

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته
…..Salam Sejahtera

Buat Anggota KSK MAS Yang Dihormati,

SUMBANGAN PERSEKOLAHAN TAHUN 1 SESI 2023

Merujuk kepada perkara di atas , dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (KSK MAS) menerusi Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan (JIPK) akan menyalurkan Sumbangan Persekolahan Tahun 1 Sesi 2023 kepada semua Anak-anak Anggotanya tertakluk kepada syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan iaitu seperti berikut :-  

SYARAT-SYARAT :- 

1.          Anggota yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 (Ringgit: dua ratus) semasa tarikh permohonan

2.          Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama enam bulan berturut-turut atau membuat caruman Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) secara berterusan sebelum tarikh permohonan

3.          Gaji pokok sebulan Terkini berjumlah RM2,500.00 dan ke bawah.

4.          Hanya kepada Anak-Anak Anggota yang memasuki Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan 2023

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :- 

1.          Borang Sumbangan Persekolahan yang lengkap sepertimana yang dilampirkan

2.          Penyata Gaji Terkini.

3.          Salinan Kad Pengenalan Anggota (depan & belakang)

4.          Salinan Sijil Kelahiran Anak / Surat Pengesahan (sekiranya anak angkat).

5.          Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Tahun 1 pada tahun 2023 daripada pihak Sekolah/laman web SPS 

Nota:  Bagi Anggota yang tidak bekerja tetapi masih aktif dan mengekalkan bayaran bulanan sehingga bulan  Disember 2022 juga dibenarkan membuat permohonan ini. 

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa ini memohon kepada semua Anggota yang berkelayakan supaya dapat mengisi Borang yang dilampirkan beserta dokumen yang diperlukan dengan lengkap dan menyerahkannya ke pejabat KSK MAS Glomac/ Kios KLIA atau secara emel dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada hari Khamis, 9hb Februari 2023. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan pihak Pengurusan dan Jawatankuasa ini membuat tindakan selanjutnya.

Untuk makluman Tuan/Puan, pemberian Sumbangan ini merupakan salah satu aktiviti Kebajikan KSK MAS atas dasar keprihatinan dalam usaha untuk meringankan bebanan Anggota-Anggotanya yang berpendapatan rendah bagi  menampung kos perbelanjaan persekolahan anak sesi 2023.

Bagi memudahkan urusan selanjutnya dilakukan, bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan Sumbangan Persekolahan tersebut.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan / kemusykilan, sila hubungi pihak Urusetia melalui telefon atau emel untuk keterangan selanjutnya iaitu seperti berikut:-

1)       Pn. Nur Shafika bt Kamarulzaman                  -             012-2940528              This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2)       Pn. Ummu Aiman bt Alimen                          -             013-4620392              This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Harap maklum sebarang keputusan Jawatankuasa JIPK adalah berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan muktamad. 

Sekian dan terima kasih. 

 

B/p

 

MOHD FAUZI BIN DAUD
Ketua Jawatankuasa Imbuhan,Pencalonan & Kebajikan
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad

 

* Borang Permohonan Sumbangan Persekolahan 2023

 
 
2452924
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
515
2442622
26794

28-03-2023

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay