Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad Kali Ke – 14, akan diadakan bagi Kawasan SUBANG dan KLIA seperti berikut :
KAWASAN SUBANG |
KAWASAN KLIA |
||||
Tarikh |
: |
18/03/2023 (Sabtu) |
Tarikh |
: |
18/03/2023 (Sabtu) |
Masa |
: |
11.00 pagi |
Masa |
: |
11.00 pagi |
Tempat |
: |
Dewan Serbaguna MBSA U5 (Dewan Bunga Matahari) Jalan Nova U5/45, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor |
Tempat |
: |
Dewan Orang Ramai Taman Dahlia (Dewan Komuniti Taman Dahlia) Jalan Dahlia 6/3a, Bandar Baru Salak, Tinggi, 43900 Sepang, Selangor |
NOTA :
Perhatian kepada semua Anggota :
1. Semua Anggota diminta untuk membuat semakan bagi mendapatkan pengesahan kawasan tempat mesyuarat (MAK), untuk menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan 2023. Kegagalan untuk membuat semakan akan tidak melayakkan tuan/puan untuk menghadiri dan menjalankan undian pemilihan Perwakilan. Pengesahan kawasan ini dibuat berpandukan kepada :
a. Kepada Anggota yang masih bekerja kawasan MAK berpandukan kepada Pusat Kos (Cost Center) terkini.
b. Bagi Anggota yang tidak bekerja kawasan MAK berpandukan semakan alamat terkini di dalam rekod KSK MAS.
2. Merujuk kepada :
2.1 UUK perkara 26(4) – Hanya Anggota yang telah menjelaskan bayaran RM200.00 (UUK 16) pada 31hb Disember 2022 sahaja layak menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke-14 BagiTahun 2023. Semakan untuk Anggota boleh dibuat di Pejabat KSK MAS Plaza Glomac, Kelana Jaya. Untuk pengesahan sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Keanggotaan (012-9730141 & 012-9730142).
2.2 Garis Panduan (GP) 14 Perkara 9 :
(b) tidak menjelaskan yuran bulanan bagi tiga bulan berturut-turut dalam tempoh dua belas (12) bulan sebelum tarikh penyediaan daftar pemilih;
(c) tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada koperasi bagi enam (6) bulan berturut-turut dan tunggakan ini bukan disebabkan oleh majikannya atau Biro Perkhidmatan Angkasa atau koperasi itu;
(e) telah memberi notis menarik diri dari menjadi anggota di bawah undang-undang kecil koperasi; atau
(f) hilang kelayakan sebagai anggota di bawah undang-undang kecil koperasi
3. Sebarang perbelanjaan menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan 2023 adalah tanggungan Anggota.
4. Waktu pendaftaran Mesyuarat Agung Kawasan Tahun 2023 adalah satu (1) jam sebelum Mesyuarat dijalankan.
5. Bersama-sama ini dilampirkan :
* Agenda Mesyuarat Agung Kawasan 2023
Sekian.
MOHD ALI BIN HASAN @ IBRAHIM
Setiausaha KSK MAS (M) BHD