Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Kepada            :          Semua Anggota 
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad 

Daripada          :          Bendahari  
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad            
 
Tarikh               :          15hb November 2022    

MAKLUMAN PEMBEKUAN SEMENTARA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN DI KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS (M) BERHAD (KSK MAS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.  

Untuk makluman, segala kemudahan produk pembiayaan akan dibekukan sementara bermula dari 16hb November 2022 sehingga 31hb Januari 2023. 

Tujuan pembekuan ini adalah untuk :  

             1.      Membina dan mengawal rizab tunai untuk memelihara kelestarian pada jangka masa panjang. Aliran tunai yang terlalu ketat adalah situasi yang tidak sihat   yang boleh memberi kesan kepada kelancaran operasi KSK MAS.  

            2.      Sebagai persediaan kepada proses pengauditan KSK MAS oleh juruaudit luar. Ianya adalah diperlukan bagi memastikan proses pengauditan tersebut berjalan lancar mengikut keperluan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak juruaudit tersebut.  

Walaupun pembekuan sementara dilakukan, Pembiayaan Insurans Kenderaan tetap dibuka seperti biasa kepada semua Anggota KSK MAS.  

Selain daripada itu segala kemudahan-kemudahan lain seperti pembaharuan insuran dan cukai jalan kenderaan serta manfaat-manfaat kebajikan masih lagi berjalan seperti biasa.  

Permohonan Pembiayaan akan dibuka semula seperti biasa pada 1hb Februari 2023. Pihak kami memohon maaf di atas perkara ini dan berharap agar Anggota terus memberi sokongan kepada KSK MAS.  

Segala kerjasama daripada Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Yang Benar,
b/p KSK MAS (M) Bhd  

 

 

HJ KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK 
Bendahari

 

2390855
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
147
2380333
27693

28-01-2023

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay