Penyerahan Cek Pemulangan Semula Saham dan Yuran kepada Waris Anggota Meninggal Dunia, Allahyarham Zaid Azuan b Abdul Rahman, No. Anggota 019365 dari Jabatan GE Engine – SZB telah disempurnakan iaitu seperti berikut:-
Tarikh Penyerahan : 22hb. Februari 2020
Tempat : Mini Townhall Fireflyz,
Lot R-01, 3rd Floor, Citta Mall
Ara Damansara.
Masa : 11.30 pagi
Waris (1) : Pn. Arina bt Abu Bakar
Hubungan : Isteri
Waris (2) : En. Zulfadhli b Zaid Azuan
Hubungan : Anak
Waris (3) : Cik Nur Farhana bt Zaid Azuan
Hubungan : Anak
Turut Hadir : Tn Hj Amdan b Saad (ALK Merangkap Anggota JIPK)
: En. Zahari b Seman (ALK Merangkap Anggota JIPK)
: En. Mohd Ali b Hasan @ Ibrahim (JAD Merangkap Anggota Perwakilan SZB)
: Anggota-Anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) SZB
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh CEO Fireflyz Sdn Bhd, Philip See Yew Jin dengan disaksikan oleh Anggota Lembaga, JAD dan Anggota-Anggota MAK, SZB. Tn. Hj Amdan b Saad sebagai Wakil KSK MAS telah menyampaikan salam Takziah serta memberi penerangan yang berkaitan Pemulangan Semula Saham dan Yuran kepada keluarga Allahyarham.
Bagi pihak keluarga Allahyarham juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.