Utama

Utama

Jawatankuasa Pelaburan & Projek (JPP)

1  Hj Khairuddin bin Mohamad Sidek              Ketua
2  En Mohd Ali bin Hasan @ Ibrahim               Penolong Ketua
3  En Khairuddin bin Ahmad                             Anggota
4  En Mat Azman bin Ismail                              Anggota
5  En Mohd Fairuz bin Mohd Rafi Affandi        Anggota

 

Urus setia :
1 En Rahimee bin Ab Manan                             Pengurus
2 En Mohd Iddham bin Rosliman                     Ketua Urusetia
3 En Ahmad Khairul Nizam Shah bin Rafiee   Urusetia
4 Pn Norhazani binti Ahmad                            Urusetia
 
 
 

Penaung KSK MAS

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera…

Saya amat berbesar hati kerana masih diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada
organisasi yang kaya dengan semangat kekitaan, menghidupkan aspirasi untuk menjunjung
kepentingan dan kebajikan anggotanya.

Saya difahamkan bahawa KSK MAS sedang merancang memperluaskan perniagaan Ar Rahnu
sedia ada kepada masyarakat umum khasnya selain daripada Anggotanya. Dengan izin Allah
saya berharap segala perancangan Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi akan
menjadi kenyataan dan terus berkembang serta mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan dan
pelaburan sejajar dengan keperluan semasa sektor ekonomi. Ini bagi menjaga kepentingan
dan kebajikan seluruh Anggota KSK MAS.

Saya percaya pencapaian ini adalah hasil usaha kolektif kerjasama daripada seluruh warga
KSK MAS. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar semangat bersatu padu (solidarity),
bekerja bersama-sama, tolong menolong dan bantu membantu tersebut, akan terus subur dan
mekar, demi memenuhi keperluan dan manfaat bersama.

Di sebalik mengejar kejayaan, Koperasi juga perlu memastikan kepentingan dan kebajikan
Anggota terus dipelihara serta dipertingkatkan sejajar dengan keuntungan yang dicapai.
Walaupun Anggota sering berharap Jumlah Dividen yang akan dibayar tinggi tetapi ini
bukanlah ukuran yang tepat, sebaliknya sebagai Anggota, kebajikan dan kemudahan yang
ditawarkan perlu dihargai dan dinilai dengan sewajarnya.

Saya selaku Penaung KSK MAS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi kerana telah berjaya memenuhi amanah dan
kepercayaan semua Anggota.

Akhir kata, jika berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Insya-Allah, tiada apa yang mustahil
untuk dilaksana. Saya yakin KSK MAS akan terus berkembang maju dan berjaya. Yang dapat
manfaatnya, sudah tentulah seluruh warganya juga.

Warga kerja bersatu umpama keluarga….
Suka duka dikongsi bersama…..

Salam hormat dari saya;


MOHD NADZIRUDDIN BIN MOHD BASRI
Penaung KSK MAS (M) Berhad

 

 

Pengerusi

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Syukur kepada hadrat Ilahi kerana di atas segala limpah nikmat dan kurnia-Nya, KSK MAS masih
terus dapat menabur bakti dalam menjaga kebajikan para anggotanya.

Berkat perancangan dan langkah-langkah yang diambil serta kerjasama yang erat di antara
barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan KSK MAS, Alhamdulillah hari ini KSK MAS masih terus
berdiri teguh. Saya percaya, selain perancangan dan segala usaha yang telah dilakukan, faktor
utama yang memberi kekuatan ini adalah tekad untuk terus menabur bakti kepada para
anggota; seperti mana yang telah dilakukan untuk sekian lama.

Benar, situasi yang tidak menentu menuntut kita untuk membuat beberapa perubahan yang
perlu demi menurut kehendak dan keperluan semasa. Pun begitu, hakikatnya, KSK MAS tetap
terus menggerakkan kelangsungan legasi seperti kempen keanggotaan, masih berusaha
mendapatkan semula bayaran tertunggak bagi Anggota-anggota yang berhutang dengan
usahasama daripada perkhidmatan ‘Debt Collector’ serta khidmat Peguam bagi
mendaftarkan kes ke Mahkamah Sivil. KSK MAS juga masih menyalurkan sumbangan kepada
Anggota jika mereka dilanda musibah menerusi Tabung Kebajikan Koperasi KSK MAS dan KSK
MAS masih lagi menawarkan kemudahan pembiayaan kepada para anggota yang
berkelayakan. Business as usual. Segalanya seperti biasa.

Dalam masa yang sama, KSK MAS akan terus berinovasi dan bertransformasi seiring dengan
zaman, agar ia kekal relevan dan lestari.

Di kesempatan ini, saya ingin menyeru rakan-rakan saya semua, para anggota KSK MAS yang
dihormati, untuk memandang ke hadapan. Mari kita lihat semua cabaran sebagai peluang
untuk kita membina sesuatu yang lebih baik, lebih berdaya saing dan lebih mampan.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua Anggota KSK MAS atas sokongan dan
kepercayaan di sepanjang tahun 2022. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih kepada pihak
Pengurusan MAS yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada KSK MAS.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada diri saya serta semua rakan Anggota Lembaga
dan Pengurusan KSK MAS agar akan terus menyuntik semangat dan keutuhan dalam
mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan pencapaian di masa hadapan.

Kejayaan demi kejayaan terus dihajatkan….
Kemudahan dan kebajikan tidak akan dilupakan…..

Wassalam.

Salam hormat


MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
Pengerusi KSK MAS (M) Berhad

 

 

Jawatankuasa Audit Dalaman 2023 - 2024

 

BIL JAD JAWATAN KSK MAS JABATAN
1

AZHAR BIN MAT YAHYA

KETUA  MAB SECURITY
2

NUR HIDAYAH BINTI KASIM

SETIAUSAHA PROPERTY MAG
3

MOHD SHAKIF BIN NORDIN

JAD SAFETY, SECURITY & QUALITY ASSURANCE - FIREFLYZ
4

MUSTAFA BIN MOHAMED ZAIN

JAD AERODARAT SERVICES SDN BHD
5

ASWADINORMAN BIN SAFEIE

JAD MALAYSIA AIRLINES BERHAD
ACADEMY
 
 
2807905
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
1
2790997
26997

29-03-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay