Kepada : Anggota Yang Terlibat
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Daripada : Setiausaha
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Tarikh 05hb Mac 2020
TAWARAN PENYELESAIAN BAKI KEPADA ANGGOTA YANG BERUMUR 50 SEHINGGA 60 TAHUN PADA 2020
Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya KSKMAS menawarkan rebat keuntungan 80% sekiranya Tuan/Puan membuat penyelesaian penuh baki pembiayaan secara tunai sahaja.
Tawaran ini terbuka kepada Anggota yang berumur 50 sehingga 60 tahun pada 2020. Sekiranya Tuan/Puan berminat untuk membuat penyelesaian penuh, boleh menghubungi 03-8777 2927/2926 atau ‘whatsapp’ ke 012-9730 141/012-9730 142/012-9730 143 untuk mengetahui baki pembiayaan yang terkini serta jumlah bayaran yang perlu dibuat.
Besarlah harapan kami agar Tuan/Puan merebut peluang ini untuk menyelesaikan baki pembiayaan yang ada di mana ianya akan melepaskan tanggungan Tuan/Puan sebagai peminjam.
Kerjasama serta keprihatinan Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT – Surah Al-Baqarah Ayat 283
Sekian.
Dengan hormatnya,
b/p KSK MAS (M) BHD
ZOLKIFLE BIN NASIP
Setiausaha