Masterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.x

Alhamdulillah 'ala kulli haal

Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan

As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Salam Hijjri 1448

Khamis @ 27 August 2026 (14 Rabiulawal 1448).

Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) sekali lagi telah dinobatkan tersenarai sebagai antara 50 Koperasi Terbaik diperingkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi Tahun 2026.

Kecemerlangan tempat ke 20 daripada 1,223 koperasi berdaftar di Wilayah Persekutuan tersebut telah diumumkan di dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi (MAGK 2026) Wilayah Persekutuan yang berlangsung malam ini di Hotel Royale Chulan Damansara dengan dirasmikan oleh YBhg Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal (B) , Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

KSK MAS diwakili oleh En. Mohamad Ishak Bin Hj Abdullah (Pengerusi) & En. Mohd Fauzi Bin Daud (Timbalan Pengerusi) telah menerima dua sijil pengiktirafan iaitu tempat ke-44 bagi Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2026 & tempat ke-20 Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2026, yang disampaikan sendiri oleh Datuk Pengerusi SKM.

Majlis yang menghimpunkan 55 Koperasi Terbaik seluruh Wilayah Persekutuan (02 Anugerah Koperasi Premier , 03 Anugerah Khas & Anugerah 50 Koperasi Terbaik) telah turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah , Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) , Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan ,Tuan Haji Fadilah Bin Salim dan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JKAN) Wilayah Persekutuan , Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga kerja, Anggota, barisan Jawatankuasa Juruaudit Dalaman dan barisan Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS atas kejayaan cemerlang serta pengiktirafan ini.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, komitmen tinggi, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi semua pihak.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan.

Sekali lagi, tahniah diucapkan.

Terima kasih.

b/p

KSK MAS (M) BHD

 

WhatsApp Image 2026 08 28 at 11.27.49

WhatsApp Image 2026 08 28 at 11.32.16 WhatsApp Image 2026 08 28 at 11.28.41
WhatsApp Image 2026 08 28 at 11.27.48 WhatsApp Image 2026 08 28 at 11.28.13
汽水音乐mumu模拟器谷歌邮箱telegramtodesk易翻译