
Assalamualaikum w.b.t,
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Alhamdulillah Ala Kulli Haal.
Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.
Sepanjang tahun 2025, Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) telah membuktikan keupayaannya untuk kekal relevan dan berdaya saing sebagai sebuah koperasi meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu. Pelaksaan strategi perniagaan yang berkesan serta pengurusan yang berhemah KSK MAS berjaya mengukuhkan prestasi perniagaan dengan terus mengutamakan kebajikan anggota, pelanggan, kakitangan dan kesemua pihak berkepentingan. Dengan sokongan, keyakinan dan kepercayaan semua pihak, khasnya daripada seluruh Anggota, KSK MAS bukan sahaja dapat menguruskan kewangan yang berdisiplin, tabdir urus koperasi yang baik serta pematuhan kepada prinsip-prinsip adalah wadah tunjang utama dalam memastikan KSK MAS terus beroperasi di atas landasan yang betul dan efektif.
Alhamdulillah, pada tahun 2025 Koperasi telah memiliki dua lagi bangunan baharu iaitu Dua Unit Bangunan Irama Sendayan No.39 & No.40 Pusat Komersil Irama Sendayan 1, Taman Irama Sendayan, Labu, Negeri Sembilan dan No.7 Elmina East, Shah Alam (Temu 2).
Tahniah dan Syabas juga kerana Ar Rahnu EMAS di Temu Elmina dan Cawangan Ar Rahnu EMAS di Suria Industrial Park (SIP), KLIA yang menunjukkan peningkatan pelanggan yang amat menggalakkan di sekitar Elmina, KLIA dan kawasan yang berhampiran. Kewujudan Ar Rahnu ini adalah bagi memudahkan dan memberi ruang kepada Anggota KSK dan masyarat setempat untuk mendapatkan pembiayaan secara tunai bercagar emas dengan menawarkan kadar keuntungan yang berpatutan. Selain meningkatkan pendapatan dari kadar keuntungan yang akan diperolehi, pembesaran perniagaan Ar Rahnu EMAS ini perlu diteruskan kerana produk Ar Rahnu merupakan pembiayaan yang berkonsepkan Tawarruq jangka pendek dimana pelanggan mencagarkan barang kemas sebagai Nilai Marhun bagi mendapatkan pembiayaan.
Semoga Koperasi dapat meningkatkan prestasi setiap aktiviti dan meluaskan lagi perniagaan kepada Anggota serta orang awam / masyarakat di sekitar pejabat operasi KSK MAS berlandaskan tujuh prinsip utama koperasi.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan semasa kewangan KSK MAS selain pengfokusan dalam mempelbagaikan cabang perniagaan, KSK MAS dengan usahasama daripada Syarikat perkhidmatan ‘Debt Collector’ serta khidmat Peguam juga sedang berusaha untuk mendapatkan / menuntut semula bayaran tertunggak bagi Anggota-anggota yang ingkar untuk membuat bayaran ansuran baki pembiayaan mereka.
Sukacita dimaklumkan bahawa KSK MAS masih teguh mengekalkan kedudukan menjadi antara 50 Koperasi Terbaik dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2025 dengan dianugerahkan kedudukan ke-40 (meningkat 8 anak tangga berbanding kedudukan ke-48 tahun 2024) dan 50 Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan dengan kedudukan ke-18 daripada keseluruhan bilangan koperasi iaitu 1,214 koperasi. Kedudukan ini mencerminkan kekuatan prestasi KSK MAS dalam pelaksanaan dasar pengukuhan operasi secara berterusan, tadbir urus koperasi yang mantap dan daya saing yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi. Pencapaian ini menjadi bukti komitmen KSK MAS untuk terus maju sebagai sebuah entiti organisasi yang berjaya, bertanggungjawab, efisien dan mampan.
KSK MAS akan berusaha untuk menguatkan daya tahan dalam mengharungi cabaran perniagaan di masa akan datang. Keutamaan pastinya akan terus diberikan kepada kebajikan anggota dan kelestarian KSK MAS untuk jangka masa panjang.
Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota atas kepercayaan dan sokongan padu yang berterusan kepada KSK MAS. Tidak lupa juga kepada Barisan Anggota Lembaga, Perwakilan, Pengurusan dan seluruh warga KSK MAS atas dedikasi dan usaha gigih untuk mencapai visi, misi dan objektif untuk terus berdaya tahan bagi memastikan kelestarian KSK MAS untuk jangka masa panjang. Keyakinan terhadap KSK MAS merupakan pemangkin untuk kami meneruskan perjuangan untuk mencapai lebih banyak kejayaan demi kejayaan untuk kebaikan bersama yang menjunjung tinggi nilai dan prinsip koperasi.
Salam hormat,
MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
Pengerusi KSK MAS (M) Berhad



.png)