As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 Koperasi
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, bagi mewakili seramai *7032* Anggota berdaftar KSK MAS sehingga 31 Dec 2024 , maka pada hari ini , 18 Nov 2025 bersamaan dengan 27 Jamadiawal 1447H, pihak KSK MAS melalui Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan Dan Kebajikan KSK MAS (JIPK) telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dec 2024 yang berjumlah RM 181,856.02 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu Majlis Zakat Koperasi 2024 yang telah dianjurkan oleh pihak PPZ- MAIWP ,bertempat di Batu Road Ballroom, Aras 3 Hotel IDEAS Kuala Lumpur.
Majlis Zakat Koperasi 2024 ini diadakan sebagai simbolik penyerahan zakat perniagaan oleh koperasi- koperasi di Wilayah Persekutuan bagi haul 2024 ,di samping menghargai komitmen pembayar zakat yang konsisten menunaikan tanggungjawab mereka melalui PPZ-MAIWP.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Pengerusi PPZ- MAIWP Dato' Sri Amrin Awaluddin yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj Mokhtar, telah turut dihadiri oleh Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) , Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal serta wakil daripada 19 buah koperasi yang bernaung dibawah SKM Wilayah Persekutuan. Sesi Penyerahan ini telah disempurnakan dan diserahkan oleh En. Mohamad Ishak bin Hj Abdullah, Pengerusi KSK MAS.
Penyerahan zakat perniagaan itu disampaikan wakil setiap koperasi kepada PPZ-MAIWP yang diwakili Pengerusinya, Dato' Sri Amrin Awaluddin yang disaksikan Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.
Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr Hj. Mohd Na'im dalam teks ucapannya yang dibacakan Dato' Sri Amrin berkata, majlis ini amat bermakna kerana ia memperkukuh kerjasama antara institusi zakat dan koperasi.Dan pada hari ini PPZ- MAIWP telah berjaya mengutip RM7,467,019.06 daripada 19 koperasi di Wilayah Persekutuan serta turut mendoakan agar semua koperasi ini terus mendapat kejayaan dalam kerahmatan Allah SWT.
YB Dato' Sri juga menekankan bahawa pengeluaran zakat bukan sekadar kewajipan agama, tetapi amanah sosial yang memberi kesan langsung kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Majlis telah turut dihadiri oleh Ketua JIPK KSK MAS, En. Mohd Fauzi bin Daud (Timbalan Pengerusi KSK MAS) dan wakil Anggota Lembaga KSK MAS ,En. Husnil Amar bin Ibrahim.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
WhatsApp Video 2025-11-18 at 19.32.52.mp4
WhatsApp Video 2025-11-19 at 08.35.16.mp4




