Bismillahirrahmanirrahim. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي
As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat NYA, pada Khamis 07 Mei 2026, bertempat di "Main Terminal Building, Airport Terminal KLIA 1, pada lebih kurang jam 12.00 pm, satu majlis meraikan keberangkatan Jemaah Haji JKIM telah disempurnakan oleh YBg Capt Nasarudin b. A. Bakar (Group Chief Executive Office) , serta turut dihadiri oleh YBhg Pn Aida Salfaraz bt Ahmad Fadzil (Chief Operating Officer, Malaysia Airlines Bhd), YBhg Tn. Amran b. Mohd Tomin (Group Chief People Office) & YBhg Capt Hamdan Che Ismail (Chief Operating Officer, Firefly).
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Wakil Barisan Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS , yang diketuai oleh En. Mohamad Ishak b. Hj Abdullah (Pengerusi KSK MAS) dan En. Mohd Fauzi b. Daud (Tim Pengerusi KSK MAS merangkap Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan) serta Wakil daripada Pengurusan KSK MAS, di bawah kepimpinan En Rahimee b. Abd Manan (Pengurus KSK MAS).
KSK MAS, melalui JIPK yang menyantuni keberangkatan Jemaah Haji JKIM tersebut , turut telah menyerahkan sedikit sumbangan merupakan wang tunai kepada 50 orang jemaah (lelaki/ perempuan) yang terdiri daripada kakitangan MAG.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi KSKMAS , En. Mohamad Ishak b. Hj Abdullah diiringi Ketua JIPK @ Tim Pengerusi , En Mohd Fauzi b Daud kepada kesemua jemaah yang terdiri sama ada anggota KSK MAS , Bekas Anggota atau bukan Anggota.
Barisan Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS mewakili seluruh anggota dan warga kerja KSK MAS mengucapkan Qabballallahu hajjaka, wa ghafara dzanbaka, wa akhlafa nafaqataka. Semoga Allah menerima ibadah hajimu. Selamat berangkat haji! Semoga pelaksanaan Rukun Islam yang kelima ini menjadi awal yang penuh berkah dan barokah dalam kehidupan.
Didoa’kan agar semua dhuyufurrahman mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan-Nya. Bagi yang menunggu panggilan ibadah haji, semoga semua kita akan dipilih-Nya sebagai tetamu Allah SWT suatu hari kelak bagi menunaikan Rukun Islam ke -5. Insha- Allah, Allahumaa amin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |










