Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah, berkat dan limpah kasih-Nya, dapat bersama sekali lagi mencoretkan kata-kata dalam Buku Laporan Tahunan KSK MAS bagi tahun 2025. Sekalung terima kasih buat semua Anggota Lembaga, Pengurusan dan warga kerja KSK MAS.
Tahniah & Syabas sekali lagi kepada Anggota Lembaga dan seluruh warga kerja KSK MAS serta Anggota khasnya kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kedudukan 50 Koperasi Terbaik dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2025, tetapi juga dianugerahkan kedudukan ke-40 berbanding kedudukan ke-48 pada tahun 2024. KSK MAS juga telah disenaraikan sebagai 50 Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan dengan kedudukan ke-18 daripada 1,214 bilangan koperasi.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Anggota Lembaga dan seluruh warga kerja KSK MAS yang telah menunjukan kesungguhan, kecekapan dan kemampuan yang luar biasa dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan yang mantap serta daya tahan yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa menunjukkan bahawa KSK MAS berada di landasan yang tepat untuk mencapai kejayaan berterusan. Tanpa sokongan dan kerjasama semua pihak pencapaian ini tidak dapat direalisasikan. Saya yakin KSK MAS akan terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan semangat.
Secara keseluruhan, strategi yang telah digariskan menuntut kerjasama dan sokongan semua warga KSK MAS termasuk anggota-anggotanya. Perancangan yang teliti berserta komitmen dijangka akan membolehkan KSK MAS mencapai sasaran untuk menjadi sebuah entiti perniagaan yang berjaya, mampan dan terkenal supaya dapat berada setaraf dengan syarikat korporat ternama yang lain.
KSK MAS perlu berusaha untuk mengekalkan prestasi perniagaan sedia ada dan mengukuhkan pegangan pasaran bagi menjana pendapatan dan keuntungan yang lebih tinggi untuk memberi pulangan yang setimpal dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh anggota-anggota yang menabung dalam KSK MAS.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Barisan Anggota Lembaga, Pengurusan serta seluruh warga KSK MAS atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2025. Kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada kerjasama, ketekunan dan semangat juang yang tidak mengenal lelah dalam usaha mencapai visi, misi dan objektif KSK MAS. Dedikasi yang tinggi ini amat penting bagi memastikan kelestarian KSK MAS terus terjamin dan berkembang pesat dalam jangka masa panjang.
Anak ayam turun sepuluh,
Hilang seekor tinggal sembilan,
Kalau hati sentiasa utuh,
Rezeki datang tiada sempadan.
Sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



.png)

