Masterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.x

    Penaung

    Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera…

    Alhamdulillah, dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kepada Koperasi kerana masih diberi peluang sebagai Penaung Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) mulai tahun 2015 sehingga kini.

    Pertamanya, saya ingin mengucapkan Tahniah & Syabas kepada Anggota Lembaga dan seluruh warga kerja KSK MAS serta Anggota khasnya kerana telah menyambut Jubli Emas Ke-50 Tahun dan di atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Koperasi pada tahun 2024. Ini kerana Koperasi telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian dengan cemerlang dan telah dianugerahkan Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024 tersenarai pada kedudukan ke-18 sempena Hari Koperasi Negara 2024 Peringat Wilayah Persekutuan yang mempunyai 1,171 jumlah keseluruhan koperasi berdaftar. Kejayaan terus diraih oleh KSK MAS apabila turut terpilih dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 daripada 15,809 koperasi berdaftar di Malaysia. KSK MAS telah dianugerahkan kedudukan ke-48 daripada 100 Koperasi Terbaik Tahun 2024 di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024. Semoga dengan pengiktirafan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 ini akan mendorong koperasi untuk melipatgandakan usaha dalam memastikan koperasi terus cemerlang, berkualiti dan terus relevan.

    Sekali lagi, Tahniah diucapkan di atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Koperasi pada awal tahun 2025, kerana kini telah memiliki 1 Lot Bangunan 3 Tingkat yang telah dinamakan sebagai Wisma KSK MAS dan telah berjaya membuka satu lagi cawangan Ar Rahnu di alamat No 2, Jalan SIP 1, Suria Industrial Park, 43900 Sepang, Selangor.

    Namun apa yang penting pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, kecemerlangan ini hendaklah diteruskan dan tidak boleh leka serta berasa selesa dengan kejayaan yang diraih setiap tahun.

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Perwakilan serta Pengurusan KSK MAS atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Tanpa kesepakatan dan usaha gigih semua pihak, tidak mungkin Koperasi dapat bergerak sepertimana sekarang. Keikhlasan hati seharusnya dijadikan amalan dalam kita melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan.

    Akhir kata, saya selaku Penaung KSK MAS dan mewakili pihak Pengurusan Malaysia Aviation Group (MAG) akan terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan jalinan kerjasama ini demi kepentingan dan kebajikan Anggota KSK MAS di masa hadapan. Insya-Allah

    Buah salak di dalam kantung
    Kulitnya keras isinya kelat
    Bulat air kerana pembetung
    Bulat manusia kerana muafakat

    Sekian, wassalam.

     

    MOHD NADZIRUDDIN BIN MOHD BASRI
    Penaung KSK MAS (M) Berhad

     

    Pengerusi

    Assalamualaikum w.b.t,

    Salam Sejahtera
    Salam Malaysia Madani
    Salam 1 KSK MAS

    Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNYA atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Koperasi pada tahun 2024. Ini kerana Koperasi telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian dengan cemerlang bagi setiap aktiviti dan perniagaan yang telah dijalankan pada tahun 2024/2025.

    Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) telah dianugerahkan Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024 tersenarai pada kedudukan ke-18 sempena Hari Koperasi Negara 2024 Peringat Wilayah Persekutuan yang mempunyai 1,171 jumlah keseluruhan koperasi berdaftar. Kejayaan terus diraih oleh KSK MAS apabila turut terpilih dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 daripada 15,809 koperasi berdaftar di Malaysia. KSK MAS telah dianugerahkan kedudukan ke-48 daripada 100 Koperasi Terbaik Tahun 2024 di Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024. Profil ini merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada gerakan koperasi yang berjaya menunjukkan prestasi dan pencapaian cemerlang sepanjang tahun.

    Semoga dengan pengiktirafan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 ini akan mendorong koperasi untuk melipatgandakan usaha dalam memastikan koperasi terus cemerlang, berkualiti dan terus relevan. Sesebuah Koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA). Ini adalah untuk memudahkan SKM mengambil pendekatan yang bersesuaian dan lebih berkesan dari sudut mengawalselia dan memberi bimbingan dalam usaha berterusan membangunkan gerakan koperasi di negara ini. 

    Alhamdulillah, sekali lagi di atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Koperasi pada awal tahun 2025. Koperasi kini telah memiliki 1 Lot Bangunan 3 Tingkat yang telah dinamakan Wisma KSK MAS dan telah berjaya membuka satu lagi cawangan Ar Rahnu di alamat No 2, Jalan SIP 1, Suria Industrial Park, 43900 Sepang, Selangor. Ini adalah sebagai mercu tanda KSK MAS dalam melipatgandakan usaha dalam memastikan koperasi terus cemerlang, berkualiti dan terus relevan. Tujuan utama pembelian bangunan ini adalah menjadikan pejabat operasi KSK MAS di KLIA selain dari pembukaan Cawangan Ar Rahnu EMAS yang baharu. Pejabat KSK MAS yang baharu ini telah beroperasi sepenuhnya pada 03hb Februari 2025. Semoga Koperasi dapat meningkatkan prestasi setiap aktiviti dan meluaskan lagi perniagaan kepada Anggota serta orang awam / masyarat di sekitar pejabat operasi KSK MAS.

    Saya percaya kejayaan dan kecemerlangan KSK MAS pada hari ini adalah hasil daripada sokongan serta kerjasama dari semua pihak SKM, MAS / MAG, Anggota Lembaga, Pengurusan, Perwakilan serta seluruh Anggota KSK MAS amnya. Kejayaan & kecemerlangan KSK MAS akan terus dikekalkan. Semoga sokongan, kerjasama serta jalinan dan keharmonian ini dapat diteruskan demi kepentingan dan kebajikan Anggota KSK MAS di masa hadapan. Anggota Lembaga dan Pengurusan KSK MAS akan terus menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Anggota KSK MAS demi memastikan matlamat dan hala tuju KSK MAS memperolehi kejayaan.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah / syabas atas sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak dalam mendokong tanggungjawab menerajui Koperasi ini.

    Salam hormat,

     

    MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
    Pengerusi KSK MAS (M) Berhad