Bismillahirrahmanirrahim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Salam 23 Safar 1448Hijjri
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, dengan limpah kurnia dan inayah- NYA, sekali lagi KSK MAS, melalui Jawatankuasa Imbuhan Pencalonan dan Kebajikan telah dapat menyempurnakan salah satu daripada manfaat Kebajikan KSK MAS yang disediakan atas perkara Anugerah Pelajar Cemerlang.
Sukacita dimaklumkan bahawa pada Jumaat (07 Ogos 2026 / 23 Safar 1448) yang lepas, telah diadakan satu sesi penyerahan APC bagi kategori STPM.
Sesi penyerahan yang berlangsung di Cafeteria Hangar 6, KLIA telah dihadiri oleh adik Irdina Darwisyah bt. Shafie yang merupakan anak kepada salah seorang Anggota KSK MAS, En. Shafie b. Mat Latif (Group Safety and Security , KLIA).
Pihak JIPK telah menerima tiga permohonan (APC STPM) dan setelah semakan , ketiga-tiganya layak dengan adik Irdina adalah pelajar yang memperolehi pointer tertinggi (3.92) telah dipilih sebagai penerima pertama
Serahan sumbangan kepada adik Irdina telah dilaksanakan oleh Ketua Urus setia JIPK, Pn Nur Shafika bt. Kamarulzaman (mewakili Ketua JIPK) dengan disaksikan oleh Tuan Bendahari KSK MAS , Tn Mohd Khairuddin b. Ahmad , Pengurus KSK MAS, En Rahimee b. Ab Manan dan Cik Nur Nabilah bt. Here ( Urusetia JIPK).
Sesi penyerahan tersebut turut dihadiri oleh En Shafie b. Mat Latif.
Bagi penyerahan kepada kakitangan KBR pula, sumbangan ini diserahkan dan telah diwakili oleh En. Zahari b. Seman , Penolong JIPK merangkap Anggota Lembaga KSK MAS dan Perwakilan Stesen En. Mohd Azman b. Mohamed kepada penerima iaitu adik Muhammad Syahmi Firdaus b. Shahrul Azli yang diwakili bapanya selaku Anggota KSK MAS, En. Shahrul Azli b. Anual (Engineering, KBR).
Mewakili pihak KSK MAS, saya merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik di atas kejayaan kecemerlangan tersebut. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, komitmen tinggi, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh beliau.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk terus maju dan cemerlang pada masa hadapan.
Bagi pihak KSK MAS , kami akan tetap meneruskan pemberian sumbangan manfaat APC ini sebagai bukti komitmen dalam merealisasikan KSK MAS berdasarkan prinsip koperasi.
Sekali lagi, "Mabruk 'ala najahikki" , tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang KSK MAS.
Terima kasih.
Wassalam
Pn Nur Shafika bt Kamarulzaman
b/p
JIPK @ KSK MAS

![]() |
![]() |



.png)

