Masterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.x

As salam
Salam Sejahtera 
Salam Malaysia Madani 
Salam 1 KSK MAS 
Salam 05 Safar 1448 Hijri

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, telah diadakan satu perjumpaan antara wakil KSK MAS dengan pihak AirBorneo (AirBorneo Holdings Sdn Bhd).

Pertemuan yang diadakan di Level 5, Office Building Annex, Raia Hotel & Convention Centre, 17, Jalan Lapangan Terbang, Kuching, Sarawak, telah dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengerusi KSK MAS (Tn Mohd Fauzi B. Daud) , Tuan Setiausaha Kehormat KSK MAS (Tn Azhar B. Mat Yahya),  Tuan Bendahari KSK MAS (Tn Mohd Khairuddin B. Ahmad) serta Pengurus KSK MAS , En Rahimee B. Ab Manan, dengan Syarikat Penerbangan AirBorneo Holdings Sdn Bhd yang diwakili oleh Tn. Ahmad Basir Bin Nasir (Head, People Services) , Tn. Prakash A/L Arumugam Pakri - (ER/IR Advisor) & Pn Connie Andrew Ang (Senior Manager, Compensation & Benefits).

Perjumpaan juga telah turut dihadiri oleh Tn Hj Mohamad Sa'adi bin Padel (Mantan Anggota Lembaga KSK MAS) & Pn Rose Gloria Anak Nody (Perwakilan KSK MAS bagi Kawasan KCH)

Perjumpaan yang bertujuan mengadakan perbincangan mendapatkan kebenaran diadakan potongan gaji semula bagi semua Anggota KSK MAS yang menyertai Syarikat tersebut serta membenarkan semua kakitangan Syarikat tersebut menjadi Anggota KSK MAS. 

Pihak wakil Syarikat Penerbangan AirBorneo Holdings Sdn Bhd telah diberikan penerangan berhubung proses permohonan keanggotaan, tawaran manfaat kebajikan / kemudahan yang ditawarkan serta data jumlah terkini Anggota KSK MAS sedia ada daripada Syarikat tersebut.

Perjumpaan dan perbincangan telah diadakan dalam suasana yang cukup harmoni dengan memberikan impak positif diantara kedua - dua pihak.

KSK MAS merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Syarikat Penerbangan AirBorneo Holdings Sdn Bhd diatas layanan dan kerjasama yang memberangsangkan.

 WhatsApp Image 2026 07 20 at 12.38.41 1

 WhatsApp Image 2026 07 20 at 12.38.41 WhatsApp Image 2026 07 20 at 12.38.42