Bagi tujuan mematuhi kehendak Fasal 32(1(n)) , sukacita dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Menentusahkan Draft Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-29 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Julai 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat KSK MAS, SIP Sepang
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Enam orang Perwakilan yang dipilih dan dilantik semasa persidangan MAPT Kali Ke 29 KSK MAS pada 27 Julai 2026 (Sabtu) iaitu ; En. Muhamad Razi b. Abidin (Perwakilan PEN), En. Sulaimi b. Mukhtar (Perwakilan KUA), En. Nurul Azmi b. Baharom (Perwakilan KLIA), En. Muhammad Nuur Aiman b. Mohamad Ishak (Perwakilan KLIA), Cik Nur Zulaikha Syuhaidah bt Mohd Isa (Perwakilan KLIA), dan Pn. Noorzarani bt Mahamad ( Perwakilan KLIA).
Mesyuarat tersebut turut diwakili oleh Empat Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS yang terdiri daripada Pengerusi KSK MAS (En. Mohamad Ishak b. Hj Abdullah), Timbalan Pengerusi KSK MAS (En. Mohd Fauzi b. Daud), Setiausaha Kehormat KSK MAS (En. Azhar b. Mat Yahya) serta Bendahari KSK MAS (En. Mohd Khairuddin b. Ahmad), dan dengan dibantu oleh Tiga Urus setia dilantik iaitu;
Pn Aidi bt Abdullah (Setiausaha Kerja), Cik Nurul Hafizah bt Khairul Radzi (Eksekutif Pentadbiran) & Cik Nur Nabilah bt Here (Eksekutif Pengurusan Perkhidmatan Keanggotaan).
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan hasil kerjasama serta komitmen semua yang hadir.
Pihak KSK MAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







