Masterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.xMasterpro Nivo Slider 3.x

Koperasi Serbaguna Kakitangan Malaysia Berhad (KSK MAS) berbesar hati telah menghadiri dalam Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 di Pusat Konvensyen PiCCA, Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil KSK MAS iaitu Pengerusi KSK MAS, En Mohamad Ishak bin Hj Abdullah bersama Timbalan Pengerusi KSK MAS, En Mohd Fauzi bin Daud sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia.

Berdasarkan keputusan rasmi index 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak SKM, KSK MAS telah mendapat kedudukan di tempat ke 44, bagi keseluruhan 16,468 koperasi berdaftar di Malaysia.

Penyertaan KSK MAS dalam program berprestij ini mencerminkan komitmen berterusan koperasi dalam memperkukuh jaringan kerjasama, meneroka peluang baharu serta menyokong agenda pembangunan gerakan koperasi demi manfaat seluruh anggota.

                                              

WhatsApp Image 2026 07 17 at 12.14.15