As Salam
Salam Sejahtera

Pihak Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan Dan Kebajikan KSK MAS telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dec 2022 yang berjumlah RM106,027.60 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Pusat Kutipan Zakat Dan Wakaf Pahang di Bilik Mesyuarat Exco Negeri Pahang , Aras Dua ,Wisma Sri Pahang , Kuantan, Pahang.

Sesi penyerahan zakat yang berlangsung pada 03 Januari 2024 ini telah disempurnakan oleh En Mohamad Ishak bin Hj Abdullah , Pengerusi KSK MAS kepada Dato' Halidan bin Md Daud , Pengurus Besar Kanan Zakat Dan Wakaf Pahang , dengan disaksikan oleh YAB Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail , Menteri Besar Pahang.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

 

 

 

 

 

2851509
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
985
2833715
46218

28-04-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay