Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera…

Salam Keluarga Koperasi...

Saya selaku Pengerusi KSK MAS, ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih
diberi kepercayaan untuk menerajui Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad (KSK
MAS) bagi Sesi 2021 / 2022.

Syukur Alhamdulillah, sehingga kini KSK MAS terus teguh walaupun masih dalam proses
pemulihan kesan daripada Pandemik Covid-19 yang melanda selama lebih kurang dua
tahun.

Di dalam usaha pemulihan ini, kami barisan Anggota Lembaga serta Kakitangan Pengurusan
tidak pernah berputus asa untuk terus memulihkan ekonomi KSK MAS. Pelbagai usaha terus
dilakukan dengan mengenalpasti serta mengambil langkah-langkah proaktif dalam
menambah baik program-program khususnya kebajikan yang telah dilaksanakan
berdasarkan maklumbalas dan pandangan Anggota selaras dengan perkembangan
semasa. Selain daripada itu promosi Pembiayaan, Ar-Rahnu dan Insurans secara atas talian
diteruskan setiap hari.

Saya juga amat berbangga kerana seluruh Warga KSK MAS tetap berusaha dengan
meneruskan kempen keanggotaan, begitu juga Kakitangan Pengurusan di Unit `Recovery’
yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan semula bayaran tertunggak bagi Anggota

Anggota yang berhutang terutama yang diberhentikan kerja oleh Majikan disamping
usahasama daripada perkhidmatan pihak `Debt Collector’ yang dilantik untuk urusan
kutipan hutang tertunggak. Bagi menangani masalah ini juga pihak Anggota Lembaga telah
mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan `Group CEO MAG’ Kapten Izham bin Ismail
dimana pelbagai perbincangan telah dibuat. Antara perbincangannya adalah berkaitan
kakitangan MAG yang masih bekerja dan mempunyai hutang dengan KSK MAS tetapi tidak
membuat pemotongan gaji.

Disebalik kesukaran dan ujian yang dihadapi, segala Bantuan dan Sumbangan Kebajikan
yang telah kita laksanakan masih berjalan seperti biasa. Contohnya pada penghujung Tahun
2021 yang lalu, pihak KSK MAS telah menyalurkan Sumbangan Banjir dengan jumlah
keseluruhan tiga kali ganda daripada peruntukan sedia ada kepada Anggotanya yang
terlibat dengan musibah banjir besar.

Saya percaya, selain usaha dan semangat bersatu padu, bekerjasama dan bantumembantu,
KSK MAS juga memerlukan sokongan dan dokongan daripada semua Anggota
untuk membawa KSK MAS ke puncak jaya dengan mengekalkan keanggotaan dan
membuat kempen penambahan keanggotaan terutama kakitangan dibawah `Malaysia
Aviation Group’ bagi sama-sama berganding bahu menyokong usaha KSK MAS.

Bagi memudahkan urusan dan penjimatan kos, semua kakitangan yang bertugas di pejabat
KLIA juga telah berpindah sepenuhnya ke Ibu Pejabat KSK MAS di Plaza Glomac, Kelana
Jaya pada 01hb April 2021. Walaubagaimanapun bagi memudahkan Anggota berurusan
berkaitan KSK MAS di KLIA, satu Kiosk bertempat di Hangar 6 telah dibuka.

Akhir sekali saya berharap kepada semua rakan Anggota Lembaga, para Perwakilan yang
baharu dilantik pada Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke 13 yang lalu serta Kakitangan
Pengurusan KSK MAS untuk terus bersatu bagi mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan
KSK MAS khasnya di dalam usaha memulihkan ekonominya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar KSK MAS ini terus kekal dan maju.

Aamiin Yaa Robbal Alamin….


MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
Pengerusi KSK MAS (M) Berhad

 

 

2629314
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
63
2606228
32996

04-10-2023

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay