Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera…
Alhamdulillah sekali lagi saya amat terharu dan berterima kasih atas kepercayaan yang
diberikan oleh pihak Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad (KSK MAS) kepada
saya sebagai Penaung sehingga kini.
Saya kagum dengan KSK MAS yang berpotensi untuk terus mengekalkan kegemilangannya.
Walaupun kita masih di peringkat pemulihan akibat Pandemik Covid-19, KSK MAS tetap
berusaha dengan pelbagai cara untuk terus memperbaiki kedudukan kewangannya. Usaha
yang dilakukan menunjukkan kepekaan KSK MAS terhadap Anggotanya, dengan matlamat
utama untuk memastikan bantuan kebajikan kepada setiap Anggota terus berjalan seperti
biasa. Selain daripada itu, berbagai produk menarik ditawarkan oleh KSK MAS dengan hasrat
yang satu, iaitu untuk membantu meringankan beban setiap Anggotanya. Insya Allah saya
berharap agar KSK MAS akan terus berkembang dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan
dan pelaburan sejajar dengan kebajikan dan kepentingan Anggotanya.
Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua barisan penggerak yang
terdiri daripada Anggota Lembaga dan Kakitangan Pengurusan yang telah berjaya
mengekalkan prestasinya sehingga kini. Saya percaya dengan semangat bersatu hati
daripada semua pihak baik dari bahagian dalaman atau luaran, akan dapat menjadikan
KSK MAS bertambah cemerlang selaras dengan Visi KSK MAS, Mengekalkan Penarafan
Koperasi 5 Bintang Dengan Berpegang Kepada Nilai-Nilai Murni.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada pihak KSK MAS kerana masih memberi
kepercayaan terhadap saya. Doa saya moga KSK MAS dapat terus bertahan dan teguh
berdiri setanding dengan Koperasi-koperasi terbaik di Malaysia. Tidak lupa juga saya ingin
ucapkan Tahniah di atas perlantikan Anggota Perwakilan KSK MAS yang baharu bagi sesi
2022 / 2024 yang akan sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke
25. Saya berharap agar Anggota Perwakilan yang dilantik ini dapat menyumbangkan buah
fikiran dan mencurahkan idea yang bernas demi kejayaan masa depan KSK MAS.
Salam hormat dari saya;
MOHD NADZIRUDDIN BIN MOHD BASRI
Penaung KSK MAS (M) Berhad