Bismillahirrahmanirrahim. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat NYA, pada Ahad 24 Zulkaedah 1445 / 02 June 2024 yang lepas, bertempat di "Main Terminal Building, Airport Terminal KLIA 1, pada lebih kurang jam 11.45am, satu majlis meraikan keberangkatan Jemaah Haji JKIM telah disempurnakan oleh YBhg En Luqman b. Mohd Azmi (Chief Executive Officer , Airlines Business) , serta turut dihadiri oleh YBhg En. Capt Hamdan Che Ismail (COO Firefly).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Wakil Barisan Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS , yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi b. Daud (Tim Pengerusi KSK MAS), serta Wakil Pengurusan KSK MAS, di bawah kepimpinan En Rahimee b. Abd Manan (Pengurus KSK MAS).

KSK MAS, melalui JIPK yang menyantuni keberangkatan Jemaah Haji JKIM tersebut , turut telah menyerahkan sedikit sumbangan merupakan wang tunai kepada 50 orang jemaah (lelaki/ perempuan) yang terdiri daripada kakitangan MAG.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua JIPK @ Tim Pengerusi , En Mohd Fauzi b Daud kepada kesemua jemaah yang terdiri sama ada anggota KSK MAS , Bekas Anggota atau bukan Anggota.

Barisan Anggota Lembaga Koperasi KSK MAS mewakili seluruh anggota dan warga kerja KSK MAS mengucapkan Qabballallahu hajjaka, wa ghafara dzanbaka, wa akhlafa nafaqataka. Semoga Allah menerima ibadah hajimu. Selamat berangkat haji! Semoga pelaksanaan Rukun Islam yang kelima ini menjadi awal yang penuh berkah dan barokah dalam kehidupan.

Didoa’kan agar semua dhuyufurrahman mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan-Nya. Bagi yang menunggu panggilan ibadah haji, semoga semua kita akan dipilih-Nya sebagai tetamu Allah SWT suatu hari kelak bagi menunaikan Rukun Islam ke -5. Insha- Allah, Allahumaa amin.

 

  

  

 

2971306
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
736
2955374
39229

27-07-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay