Penyerahan Cek Pemulangan Semula Saham/Yuran kepada Waris Anggota Meninggal Dunia, Allahyarham Abdul Aziz b Abu Malik, No. Anggota 017138 dari jabatan Cargo Operations - PEN telah disempurnakan iaitu seperti berikut:-
Tarikh Penyerahan : 27hb. Ogos 2019
Tempat : Rumah Waris Allahyarham
Kg. Baru, Air Itam,
Pulau Pinang.
Masa : 3.15 petang
Waris : Pn. Habsah binti Ahamad
Hubungan : Ibu
Turut Hadir : En. Mohamad Ishak b Hj Abdullah (Pengerusi KSK MAS)
: Adik Allahyarham
: Anak Saudara Allahyarham
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh salah seorang Perwakilan PEN, En. Mohamad Dzaher bin Daud dengan disaksikan oleh Pengerusi KSK MAS, En. Mohamad Ishak bin Hj Abdullah, Adik dan Anak Saudara Allahyarham. Pengerusi KSK MAS sebagai Wakil KSK MAS telah menyampaikan salam Takziah serta memberi penerangan yang berkaitan Pemulangan Semula Saham/Yuran yang diterima kepada keluarga Allahyarham.
Bagi pihak keluarga Allahyarham juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.