Kepada        Semua Anggota

                  Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

 

Daripada      Bendahari

                  Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

 

Tarikh          30 Ogos 2017

 

Pelancaran Produk Pembiayaan Baru KSK MAS

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

KSK MAS dengan sukacitanya ingin memperkenalkan  tiga (3) produk pembiayaan KSK MAS yang baru, yang telah diluluskan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-20 pada 20 Mei 2017 yang lalu. Produk pembiayaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Pembiayaan Dijamin Simpanan

2. Pembiayaan Peribadi

3. Pembiayaan Segera

Produk-produk pembiayaan yang berkonsepkan Tawarruq ini akan menggantikan produk-produkpembiayaan KSK MAS yang berkonsepkan Bai Al-Inah dan Murabahah yang telah dimansuhkanselaras dengan usaha pematuhan syariah yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk pembiayaan KSK MAS yang baru ini, sila rujuk jadual seperti yang dilampirkan bersama-sama pekeliling ini.

Dengan sukacitanya juga ingin kami maklumkan bahawa permohonan untuk produk pembiayaan yang baru ini akan mula dibuka bermula 4 September 2017. Borang permohonan ada dilampirkan bersama pekeliling ini. Ianya juga boleh dimuat turun di laman sesawang KSK MAS www.kskmas.com.my atau diambil di pejabat KSK MAS. 

Untuk semakan kelayakan atau sebarang pertanyaan berhubung produk pembiayaan KSK MAS yang baru ini boleh dibuat melalui telefon ke talian 03-8777 2926 / 27 atau merujuk di laman sesawang KSK MAS www.kskmas.com.my atau berurusan terus dengan kaunter perkhidmatan keanggotaan KSK MAS di Pejabat KSK MAS di South Support Zone KLIA atau di Plaza Glomac, Kelana Jaya.

 

Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sokongan yang diberikan oleh semua Anggota KSK MAS selama ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Dengan hormatnya,

b/p KSK MAS (M) BHD

 

HJH HASLINDA BINTI SHAMSUDIN

Bendahari

 

* Lampiran

  Borang Permohonan

  Perbandingan Pembiayaan

 

108757
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
415
103505
11002

14-12-2017

               KSK MAS @ JomPay

Laporan Tahunan 2016/2017

Untuk makluman semua anggota,  salinan Laporan Tahunan KSK MAS 2016/2017 boleh di muat turun dari laman sesawang rasmi KSK MAS www.kskmas.com.my atau mendapatkan naskah yang telah dicetak di mana-mana pejabat KSK MAS samaada di KLIA ataupun di Glomac, Kelana Jaya.