Utama

Utama

Jawatankuasa Pelaburan & Projek (JPP)

Jawatankuasa Pelaburan & Projek (JPP)

1 Hj Khairuddin bin Mohamad Sidek Ketua
2 En Mohd Khairuddin bin Ahmad Anggota
3 En Mat Azman bin Ismail Anggota
4 En Mohd Fairuz bin Mohd Rafi Affandi Anggota
5 En Husnil Amar bin Ibrahim Anggota
 
Urus setia :
1 En Ahmad Khairul Nizam Shah bin Rafiee Ketua Urus setia
2 Pn Nurain Shafinaz binti Sarak Ali Urus setia
 
 
 

Penaung KSK MAS

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera…

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Laporan Tahunan 2023 ini.

Pertamanya, saya dapati Koperasi telah berjaya melakari dan mempamerkan prestasi yang terus menggalakan dengan peningkatan pendapatan pada Tahun Kewangan 2023 berbanding tahun kewangan sebelum ini. Saya penuh yakin dan percaya, kesungguhan dan kesepakatan di semua pihak baik Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi ini mahupun sokongan semua Anggota telah membawa Koperasi ini ke mercu kejayaan pada tahun 2023.

Saya juga difahamkan, perniagaan Ar Rahnu yang telah beroperasi di Temu Business Centre City Of Elmina pada bulan Mac 2023 telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan dan akan membuka Ar Rahnu yang ke-2 di No 2, Jalan SIP 1, Suria Industrial Park, 43900 Sepang, Selangor pada tahun 2024. Ini menggambarkan bahawa Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi telah berjaya memberikan komitmen dan peranan yang cemerlang dalam menerajui arah tuju Koperasi ini. Namun begitu, sokongan serta kerjasama yang jitu oleh semua Anggota perlu turut dihargai bagi memastikan kejayaan ini akan berterusan dinikmati bersama.

Dengan perancangan yang lebih strategik dan dinamik, saya penuh yakin dan percaya Koperasi akan dapat menceburi pelaburan yang berdaya maju dan menguntungkan dengan kekuatan Pengurusan yang telus dan effisien. Elemen ini adalah penting supaya kepercayaan Anggota atas keupayaan Koperasi akan terus berkekalan dengan pulangan yang menguntungkan setiap tahun. Sebaliknya, Anggota juga perlu memahami dengan senario ekonomi dan pasaran yang kian getir ini, Anggota perlu akur bahawa pulangan yang tinggi bukannya tanda aras kejayaan Koperasi ini. Tetapi pengukuhan kedudukan kewangan Koperasi ini perlu dititikberatkan bagi membolehkan Koperasi ini terus mengembangkan sayap perniagaannya di masa hadapan.

Tetapi harus diingatkan bahawa Koperasi tidak boleh leka dan berasa selesa dengan kejayaan ini kerana bagi mengekalkan tahap kejayaan adalah amat sukar dan jika sikap ini gagal dipelihara maka tidak mustahil ianya akan mengundang kemerosotan pada masa akan datang. Oleh itu, saya ingin menasihatkan semua pihak agar komitmen dan kerjasama yang cemerlang ini perlu terus diperkukuhkan dan dipertahankan untuk terus kekal di tangga kejayaan.

Akhir kata, saya selaku Penaung KSK MAS ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi atas kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah Anggota dengan berlandaskan Nilai-Nilai Murni. Insya-Allah, selaku pihak Pengurusan Atasan MAG, kami akan terus bergerak seiring serta memberikan sokongan kepada Koperasi ini untuk terus berjaya di masa depan.

Kejayaan Dicapai Dinikmati bersama….
Keharmonian Terpelihara Tanggungjawab Semua…..


Sekian, wassalam.


MOHD NADZIRUDDIN BIN MOHD BASRI
Penaung KSK MAS (M) Berhad

 

Pengerusi

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS

Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengurusan KSK MAS kerana berjaya meneruskan penerbitan Buku Laporan ini pada setiap tahun. Penerbitan Laporan Tahunan ini merupakan satu saluran maklumat untuk menyampaikan segala aktiviti serta berita semasa yang telah dijalankan oleh Koperasi ini untuk renungan dan tatapan semua Anggota Koperasi ini.

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNYA atas kejayaan yang telah dikecapi oleh Koperasi ini di sepanjang Sesi 2023/2024. Ini kerana Koperasi ini telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian dengan cemerlang bagi setiap aktiviti dan perniagaan yang telah dijalankan pada tahun 2023. Prestasi Kewangan bagi tahun 2023 ini begitu membanggakan dengan pencapaian prestasi yang terus menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Faktor utama yang mendorong kejayaan ini adalah disebabkan peningkatan atas Pendapatan berbanding tahun lalu serta penjimatan kos kendalian.

Alhamdulillah, hasil tindakan drastik yang diambil oleh KSK MAS dan usahasama dengan perkhidmatan ‘Debt Collector’ serta khidmat Peguam mendaftarkan kes ke Mahkamah Sivil untuk mendapatkan semula bayaran tertunggak bagi Anggota-anggota yang berhutang telah memulihkan kembali / membantu mengukuhkan kedudukan semasa kewangan. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas sokongan dan kerjasama Anggota Lembaga, JAD, Perwakilan dan juga Pengurusan KSK MAS atas kejayaan pencapaian ini.

Selain berteraskan keuntungan, Koperasi juga sering menitikberatkan faktor kebajikan semua Anggotanya dengan memperkenalkan serta menawarkan Pembiayaan Baharu kepada Anggotanya seperti Pembiayaan Perayaan tanpa faedah sebanyak RM1,000. Kami juga tidak lupa untuk berkongsi sama kejayaan dengan menyalurkan sumbangan kepada Anggota dan Ahli keluarga Anggota, Tabung Khairat Kematian, Anugerah Pelajar Cemerlang, Sumbangan Tahun 1 dan Sumbangan Bencana Alam menerusi Tabung Kebajikan Koperasi KSK MAS.

Bagi tahun 2023 ini juga, Koperasi telah berjaya menyelesaikan beberapa kes-kes yang tertangguh sebelum ini demi menambahbaik reputasi dan kedudukan Koperasi ini. Bagi memelihara kepentingan dan kebajikan semua Anggota, Koperasi akan terus berusaha mempertingkatkan segala kemudahan dan perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Penghargaan juga buat semua Anggota Koperasi ini yang berterusan memberikan sokongan dan galakkan dalam setiap aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh Koperasi ini. Ini menggambarkan bahawa Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi telah berjaya memberikan komitmen dan peranan yang cemerlang dalam menerajui arah tuju Koperasi ini. Namun begitu, sokongan serta kerjasama yang jitu oleh semua Anggota perlu turut dihargai bagi memastikan kejayaan ini akan berterusan dinikmati bersama.

Di samping itu, perniagaan Ar Rahnu yang telah dibuka / beroperasi di Temu Business Centre City Of Elmina pada bulan Mac 2023 telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan dan mengikut perancangan KSK MAS akan membuka Ar Rahnu yang ke-2 di KLIA, dengan pembelian satu bangunan tiga tingkat bertempat di No 2, Jalan SIP 1, Suria Industrial Park, 43900 Sepang, Selangor pada tahun 2024. Ini adalah bagi memperluaskan serta memenuhi pasaran di sekitar KLIA.

Pada tahun 2024 KSK MAS akan menyambut Ulang Tahun Jubli EMAS Ke-50 tahun. Koperasi ini telah ditubuhkan pada 15 Januari 1974. Tahniah buat semua. Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada semua Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi untuk melakarkan kejayaan di masa hadapan. Tanpa komitmen dan keikhlasan yang berterusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, ia boleh mengundang kegagalan.

Di sini saya juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua mantan Anggota Lembaga, JuruAudit Dalam, Perwakilan, Anggota dan seluruh warga kerja KSK MAS terdahulu yang telah berjaya menubuhkan serta membentuk kegemilangan KSK MAS hingga kekal selama 50 tahun penubuhannya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM), MAS (kini MAG) dan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan KSK MAS terus kekal sehingga kini.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah / syabas atas sokongan dan dokongan serta kerjasama dari semua pihak SKM, MAG, Anggota, Anggota Lembaga, JuruAudit Dalam, Perwakilan dan juga Pengurusan KSK MAS dalam mendokong tanggungjawab menerajui Koperasi ini.

Akhir kata, saya ingin menyeru diri saya, rakan Anggota Lembaga dan Pengurusan KSK MAS supaya bersama-sama menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan Amanah dan Jujur.

Visi dan Misi ingin dicapai…
Namun kebajikan tidak akan diabai….

Wassalam.

Salam hormat,

 

MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
Pengerusi KSK MAS (M) Berhad

 

 

Jawatankuasa Audit Dalaman 2024 - 2025

 

BIL JAD JAWATAN KSK MAS JABATAN
1

ASWADINORMAN BIN SAFEIE

KETUA  MAB ACADEMY
2

NORRITA BINTI MOCKTAR

SETIAUSAHA AERODARAT SERVICES SDN BHD
3

NOR AZIZAH BINTI MUSTAFA

JAD ES - QUALITY & SAFETY / LICENSING
4

AISHAH BINTI AYOB

JAD HUMAN CAPITAL
5

SITI KASTIRA BINTI ABU HASSAN

JAD MAB SECURITY
 
 
2971215
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
645
2955374
39229

27-07-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay