Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Pengumuman

MAKLUMAN PEMBEKUAN SEMENTARA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN

Kepada            :          Semua Anggota 
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad 

Daripada          :          Bendahari  
                                   Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad            
 
Tarikh               :          15hb November 2022    

MAKLUMAN PEMBEKUAN SEMENTARA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN DI KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS (M) BERHAD (KSK MAS)

Read more ...

Kepada Semua Anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

Daripada Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

Rujukan KOMAS / MAKLUMAN-WP-2017/006

Tarikh 23hb Februari 2017

Anggota-Anggota yang dihormati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PER: POTONGAN GAJI UNTUK KSK MAS

Mulai 10 Mac 2017, KSK MAS hanya akan menerima caruman dan bayaran daripada Anggota yang berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad atau anak syarikatnya (MAB) melalui kaedah potongan gaji sahaja.

Oleh yang demikian, sekiranya Tuan/Puan masih lagi belum mengisi dan menghantar salinan asal Surat Kebenaran Potongan Gaji kepada KSK MAS, Tuan/Puan disarankan untuk segera bertindak. Ini terutamanya bagi Anggota yang mempunyai komitmen untuk membayar balik pembiayaan.

Untuk makluman Tuan/Puan, pihak Koperasi akan menyenarai hitam CTOS Anggota yang gagal menjelaskan bayaran ansuran pembiayaan mereka melebihi tiga bulan. Mereka juga bakal menghadapi tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada kebankrapan.

Jika Tuan/Puan adalah peminjam yang mempunyai masalah untuk mengekalkan jumlah potongan yang pernah dibuat sebelum ini, pihak koperasi menawarkan kemudahan untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pembiayaan. Pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu Tuan/Puan berhubung perkara ini.

Sekiranya Tuan/Puan merupakan penjamin kepada mana-mana pembiayaan yang gagal dibayar, pihak koperasi ingin memberi jaminan bahawa gaji Tuan/Puan TIDAK AKAN DIPOTONG serta simpanan Tuan/Puan di koperasi TIDAK AKAN DITOLAK untuk membayar pembiayaan tersebut.

Bersama ini dilampirkan SOALAN-SOALAN LAZIM BERHUBUNG POTONGAN GAJI bagi menjawab sebarang kemusykilan berhubung dengan potongan gaji untuk KSK MAS. Sekiranya Tuan/Puan memerlukan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi pejabat KSK MAS di talian 03-8777 2926 / 27.

Yang benar

b/p KSK MAS (M) BERHAD

MOHD AFZAM BIN ADENAN

Pengurus Besar

** Lampiran

BORANG_PERMOHONAN_PENJADUALAN_SEMULA.pdf

SURAT_KEBENARAN_POTONGAN_GAJI.pdf

FAQ Potongan Gaji KSK MAS.pdf

2345408
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
204
2332030
76851

04-12-2022

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay