Sekitar Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-25 :
Tarikh : 26hb Jun 2022 (Ahad) Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang Tempat : Dewan Melor, Sharifah KOHIJRAH Wedding & Event Hall, Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan
Kepada Semua Anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Daripada Pengurus Besar Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Rujukan KOMAS / MAKLUMAN-WP-2017/006
Tarikh 23hb Februari 2017
Anggota-Anggota yang dihormati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: POTONGAN GAJI UNTUK KSK MAS
Mulai 10 Mac 2017, KSK MAS hanya akan menerima caruman dan bayaran daripada Anggota yang berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad atau anak syarikatnya (MAB) melalui kaedah potongan gaji sahaja.
Penyerahan Sumbangan Pendahuluan bagi Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) kepada Waris Anggota Meninggal Dunia telah dilakukan seperti berikut:-
Tarikh : 11hb. Jun 2022 Hari : Sabtu
Serahan Tunai :
Nama Anggota : Mendiang Asmi Anak Sup No. Anggota : 013101 Jabatan : AERODARAT SERVICES SDN BHD Waris : Pn. Gusty Anak Jagat (Isteri)
Penyerahan telah dilakukan kepada anak mendiang iaitu Aldoneese Asmi berjumlah RM 1,000.00 sebagai perbelanjaan dan kos pengkebumian mendiang.
Sebagai Anggota Perwakilan KSK MAS SBW, Tn. Hj Haswandy telah menyampaikan salam Takziah dan seterusnya memberi makluman yang berkaitan Pemulangan Semula Saham/Yuran dan Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi kepada Waris yang akan dihubungi oleh KSK MAS.
Bagi pihak keluarga Mendiang beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.
SESI PENYERAHAN TUNAI SEBANYAK RM1,000.00 BAGI MANFAAT TABUNG KEBAJIKAN (TKK) KSKMAS KEPADA ANAK MENDIANG.